Featured By: Salma Syahbuddin June 29, 2024 @ 1:40pm

Syafeek Ikhwan Bangkit, Tebus Kekecewaan Menerusi Lagu ‘Penunggu’

Penyanyi Syafeek Ikhwan mengakui mengambil masa selama dua tahun untuk menghasilkan lagu ‘Penunggu’ yang berkisarkan tentang kekecewaan yang dilaluinya sepanjang zaman percintaannya.

Katanya, kesakitan yang dialaminya ketika peristiwa itu membuatkan dia mengalami ‘panic attacked’ dan kesukaran untuk bernafas sehingga terpaksa dikejarkan ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Malah, menyifatkan ia fasa paling sukar dalam hidupnya, Syafeek akhirnya mengambil keputusan untuk menulis lirik lagu ini.

“Lirik ini memang berkenaan diri saya sendiri. Saya ditinggalkan tanpa sebarang warning. Tiba-tiba satu hari dia pergi macam itu sahaja sebab kami dalam hubungan jarak jauh.

“Alasannya, ada orang lain yang lebih dekat dengan dia di sana. Dalam keadaan yang masih menyayangi sepenuh hati, saya terus menunggu setiap hari selama hampir dua tahun untuk dia kembali. Tetapi ia tidak berlaku.

“Kesakitan yang saya rasa dan lalui waktu itu menyebabkan beberapa kali saya diserang panic attacked, ada ketika sukar bernafas sampai kena ke klinik untuk nebulizer. Fasa yang sangat sukar. Sebab itu saya tulis Penunggu. Secara ringkas Penunggu itu Syafeek,” ulasnya.

Disoal mengenai cabaran menghasilkan Penunggu, Syafeek menjawab, ini kali pertama dia menghasilkan lagu untuk diri sendiri.

“Saya tak pandai main alat muzik tapi saya suka memerhati, belajar sendiri daripada Youtube dan video yang saya tonton. Bila tak pandai main alat muzik, agak susah nak zahirkan bunyi yang ada dalam kepala.

“Tapi syukur saya ada kenalan yang dah lama buat susunan muzik untuk saya. Jadi dia dah faham apa saya suka dan tak suka. Kami duduk sama-sama di studio dan saya hum, dia mainkan di keyboard. Saya memang nak terlibat daripada awal sampai akhir untuk lagu ini termasuklah susunan muzik.

“Lirik pun saya ubah lebih daripada lima kali sebab kadang-kadang idea lain muncul. Tapi syukur sangat akhirnya Penunggu ini dah siap,” katanya.

Mengulas lanjut, bekas juara program Lagu Cinta Kita Musim Ke-3 ini mengakui turut menghadapi kesukaran untuk mempromosikan lagunya memandangkan dia sudah bergerak sendiri dan tidak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman.

“Sebelum ini semuanya diuruskan oleh syarikat rakaman. Tapi buat masa ini, saya ebih selesa buat sendiri. Tapi Alhamdulillah, pengedar Penunggu, Hotsound Record owned by rakan saya juga. Jadi InsyaAllah dengan bantuan dia, dan sikit pengalaman yang ada, kita boleh bawa Penunggu ke destinasi yang Syafeek harapkan. Yang penting, kena usaha.

“Saya harap lagu ini disukai oleh pendengar. Saya yakin ramai boleh terima kerana melodi Penunggu ada vibes balada 90-an dan susunan muziknya juga lebih segar dan dramatik. Pendengar mesti suka,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Syafeek kini sedang sibuk untuk merangka projek lain termasuklah akan berangkat ke luar negara bagi merakamkan lagu.

“Kami sudah mula buat rangka untuk projek seterusnya. Proses menghasilkan lagu juga sudah bermula. Saya akan terlibat secara langsung juga dengan projek ini, juga bersama-sama Hotsound Record. InsyaAllah kali ini tak perlu tunggu sampai dua tahun lagi untuk dengar karya Syafeek yang seterusnya.

“InsyaAllah bulan Ogos nanti saya akan ke luar negara untuk rakamkan dua buah lagu, satu dalam bahasa Inggeris dan satu lagi dalam bahasa asing. Di mana, lagu bahasa apa, kena tunggu.

“Lagu-lagu ini hasil ciptaan salah seorang komposer terkenal di negara tersebut. Kami bertemu di sebuah pertandingan nyanyian yang saya sertai di Paris sebelum ini. Nanti saya cerita lanjut pasal projek ini.

“Buat masa ini, saya harapkan pendengar boleh menerima dan suka lagu Penunggu. Saya berikan apa yang saya tahu dan ada untuk Penunggu,” jelasnya.

Sekadar info, lagu ‘Penunggu’ boleh didengar di Youtube Channel Hotsound Record bermula 1 Julai ini, jam 8 malam dan semua platform iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 19 Sep 2019
Featured Fri, 17 Mar 2023
Eat Travel Fri, 13 Jul 2018

Sebelum Nak Beli, Ketahui Tip Memilih Durian Yang Terbaik Ini

Kalau nak beli durian yang isinya padat, ikuti tip ini ya!

Trending Thu, 25 Jul 2019

4 Tabiat Ibu Bapa Yang Boleh Menghalang Kreativiti Anak-Anak

Mula jadikan rumah dan diri anda sebagai salah satu persekitaran yang boleh menyokong kreativiti anak anda

Hiburan Mon, 8 Aug 2022

“Artis Cantik, Kacak, Popular… Bayaran Mereka Mahal” – Permintaan Tidak Setimpal Bayaran, Ammar Titan Kesal Produksi Pilih Kasih

Ammar Titan luah rasa terkilan tidak dilayan selayaknya seperti artis yang mempunyai rupa menarik.