Syafiq Farhain Sengaja Pancut Air Soya Ke Muka Anak Buah, Netizen Komen: “Sangat Tenang & Kental Kau Dik”

Gelagat penyanyi Syafiq Farhain bergurau bersama anak buahnya meraih perhatian warganet.

@syafiqfarhainTb video lama gurau dgn anak buah🤣♬ original sound – Syafiq Farhain

Menerusi kemas kini terbaharu di TikTok, Syafiq dengan sengaja menekan kotak air soya terbabit sehingga terpancut keluar terkena muka anak buahnya.

“Throwback video lama, gurau dengan anak buah,” tulis Syafiq ringkas.

Lebih menarik, anak buah Syafiq begitu sabar dan tetap gembira melayan karenahnya biarpun telah diperlakukan sebegitu rupa.

Meninjau ke ruangan komen, warganet terhibur melihat gelagat Syafiq bersama anak buahnya dan memuji sifat keperibadian anak buah Syafiq yang begitu tenang dan sabar.

“Sangat tenang dan kental kau dik.

“Ketenangan budak tu buat aku terguling, ketawa.

“Rileks betul budak ni, aku je sampai kembong perut tahan gelak. Cuba nak cool macam dia tak boleh, ” komen peminat.

 

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 312,000 tontonan dan menerima lebih 23,000 tanda suka.

Halimey Zamal