Syafiq Kyle Pesan Jangan Taksub Muat Naik Video!

Nampaknya Ustaz Adam sekali lagi memberi pesan kepada golongan remaja yang suka dan terlalu taksub memuat naik apa sahaja aktiviti harian mereka di laman sosial. Mana taknya, takut berbuah dua kali lah tu?

Syafiq Kyle yang popular menerusi drama Nur yang disiarkan di TV3 pada ramadan lepas, memegang watak sebagai Ustaz Adam yang semakin diminati kerana sifatnya dan wataknya dalam cerita tersebut. Syafiq Kyle meluahkan rasa kebimbangannya itu apabila anak muda sekarang langsung tidak menjaga privasi mereka lebih-lebih lagi menerusi aplikasi media sosial.

“Saya nasihati remaja pada zaman sekarang supaya menjaga privasi mereka demi keselamatan. Memandangkan zaman sekarang terlalu mudah untuk butiran peribadi kita didedahkan pada umum. Lebih membimbangkan pada pengguna telefon pintar di bawah umur yang tidak sedar bahawa apa yang mereka lakukan dengan memuat naik video yang tidak berfaedah sebenarnya akan memberi kesan buruk terhdap masa depan mereka kelak.” Katanya

Tambahnya lagi, golongan ini seharusnya lebihkan membaca buku-buku ilmiah daripada menghabiskan lebih banyak masa mereka dengan bermain telefon kerana fikiran anak muda sekarang senang dipengaruhi dengan benda-benda negatif.

“Saya sendiri akanmembaca buku, majalah ataupun komik jika ada masa yang terluang dan bagi menghilangkan ketagihan dari menggunakan telefonpintar pada setiap masa.” Jelasnya

Syafiq Kyle sebelum ini pernah terpalit dengan isu kontroversi melibatkan video lucahnya di laman sosial.

Salma Syahbuddin