Featured By: Fatin Nurain August 7, 2022 @ 11:54am

Syafiq Yusof Gembira Industri Filem Tempatan Terima Respons Positif Pasca Pandemik

Pengarah Syafiq Yusof gembira melihat industri filem tempatan yang menerima respons positif orang ramai pasca pandemik Covid-19.

Lebih dua tahun panggung wayang sepi tanpa kehadiran filem tempatan, Syafiq teruja melihat maklum balas yang diberikan orang ramai bermula tahun ini.

“Ketika awal tahun ini, saya mula lihat yang pihak kerajaan sudah tidak lagi mengadakan lockdown secara last minute. Tambahan pula, banyak filem-filem yang masuk panggung menerima kutipan yang memberangsangkan termasuklah Mat Kilau.

“Saya gembira melihat respons terbabit. Sebagai pengarah, saya sendiri ada beberapa filem yang masih belum ditayangkan. Jadi, saya rasa 8 September adalah tarikh yang bersesuaian untuk tayangan Abang Long Fadil 3,” jelasnya.

Perkongsian tersebut dibuat oleh pengarah muda itu ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Abang Long Fadil 3, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Syafiq juga mendedahkan dia pernah terfikir untuk tidak menayangkan filem Abang Long Fadil 3 ketika kerajaan menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekitar dua tahun lalu.

Menurut Syafiq, dia perlu mengambil tanggungjawab menyunting filem itu di rumah dan proses tersebut berjalan agak perlahan kerana terpaksa melakukan semua tugasan bersendirian tanpa bantuan tenaga teknikal lain.

“Selepas tamat penggambaran Abang Long Fadil sekitar 2019, saya terus masuk ke set penggambaran Polis Evo 3. Ketika mahu memulakan proses suntingan, Covid-19 melanda dunia.

“Seperti semua sedia maklum, semua kerja perlu diberhentikan dan saya sunting filem ini sendiri di rumah. Selalunya kita akan ke tempat berbeza untuk buat muzik, kesan khas dan colour grading.

“Namun, selepas perlu buat sendiri, ia makan masa yang agak lama sehinggakan saya terfikir, jadi tayang atau tidak filem ni,” katanya.

Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaru yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.

Selain Zizan Razak yang memegang watak utama, filem Abang Long Fadil turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Datuk AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, dan Siraj.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Sangka Jadi Watak Utama, Elizabeth Tan Berterima Kasih Kepada Syafiq Yusof – “Saya Ingatkan Hanya Watak…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 19 Jun 2019

‘’Boleh Guna Gajet Tapi Bukan Setiap Masa’- Amyra Rosli Tak Galak Anak Pegang Tablet 24 Jam

‘Saya faham gajet juga diperlukan untuk tujuan pendidikan. Tetapi perlu ada batasan terutama untuk kanak-kanak’

LIFESTYLE Sat, 31 Mar 2018

Shopping Has Never Been Easier and More Cost Saving Thanks to CJ WOW SHOP

It’s CJ WOW SHOP’s 2nd anniversary and they’ve got loads of surprises in store.

Featured Thu, 18 May 2023
Hiburan Tue, 19 Jun 2018

Faham Situasi Haqiem Rusli, Hanez Suraya Pernah Kemurungan?

Saya rasa sakit, malah ketika itu berat badan turun mendadak hingga ramai yang menegur mengenai perubahan fizikal dialami. Walaupun saya berselera untuk makan, tetapi badan tetap kurus. Ia membuatkan saya jadi paranoid, sehinggalah doktor mengesahkan saya mengalami gangguan kebimbangan.

Featured Wed, 13 Feb 2019

Hendak bergaya ketika memakai baju renang Muslimah, siapa kata tidak boleh?

Pakaian renang Muslimah rekaan MatSalleh Design boleh membantu.

Hiburan Thu, 19 Jul 2018

Ariana Grande – Pete Davidson Kahwin Dua Minggu Lagi?

Portal CNN Entertainment melaporkan pasangan ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

error: Content is protected !!