Syaikhul Minta Lamborghini Kalau Nak ‘Pikat’ Sumayyah, Gelagat Jebat Jayden Buat Ramai Terhibur! Noor Nabila & Puteri Sarah Pula Diusik Akan Jadi Besan

Gelagat anak kepada usahawan jelita, Noor Nabila iaitu Jebat Jayden sering meraih tumpuan dan menghiburkan ramai di media sosial.

Di Instagram, Nabila memuat naik video mempromosikan sebuah produk makanan bersama aktres jelita, Puteri Sarah Liyana dan kedua-dua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah telah menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Dalam video berkenaan, ramai pihak tertumpu kepada Jayden yang dilihat sedang mencuba untuk ‘mengurat’ Sumayyah dengan menampilkan perwatakannya sebagai seorang ‘gentleman’.

Malah, dialog-dialog yang diajar oleh bapanya, Sharnaaz Ahmad amat menjadi dan tepat sehingga mencuit hati ramai.

“Tuan penasihat dua poloh limaa, kasem patallon,” tulis Sharnaaz.

“Semua dialog you semalam kena,” balas Puteri Sarah kepada Sharnaaz.

Lebih menarik di hujung video tersebut, Syaikhul berkata kepada Jayden sekiranya dia mahu memikat hati Sumayyah dia perlu memberikan kereta mewah ‘lamborghini’.

“Kalau nak Sumayyah, Lamborghini satu,” katanya berseloroh.

Reaksi Jayden berkata ‘Easy, celah gigi’ yang bersahaja bersama pengayaan muka ‘gatal’ itu telah menghiburkan ramai pihak.

Menjengah ke ruangan komen, rakan selebriti dan rata-rata netizen mengusik Nabila dan Puteri Sarah bakal menjadi besan dalam masa 20 tahun akan datang.

Artikel Berkaitan: “Doa Untuk Anak Kita Je, Both Of Us Ada Kehidupan Masing-Masing” – Netizen Tak ‘Give Up’ Minta Berjodoh Dengan Sharnaaz Ahmad,  Noor Nabila Tampil Beri Respons!

Artikel Berkaitan: “Cantiknya, Senyuman Sama” – Wajah Noor Nabila, Amelia Christie & Jebat Jayden Dipuji Seiras Persis Adik-Beradik!

Artikel Berkaitan: Mesra Buat Video Bersama, Netizen Puji Noor Nabila & Amelia Christie – “Contoh Mak Ayah Tak Selfish… Love Relationship Macam Ni”

Aqilah Paharuzi