Syamel Nervous Jumpa Ernie Zakri?

Penyanyi Syamel mengaku berdebar beraksi di pentas Anugerah Skrin 2019 (ASK), malam ini. 

Apa lagi bakal bergandingan dengan rakan duetnya, Ernie Zakri, pelantun lagu Kau Pun Sama menjanjikan sebuah kelainan kali ini.

“Walaupun selalu membuat persembahan dengan Ernie, nervous tetap ada.

“Insha Allah kami akan nyanyikan dua buah lagu sendiri dan lagu Inggeris,” katanya kepada Xtra.

Dalam masa sama, penyanyi berusia 27 tahun ini bakal melancarkan single terbaharu pada penghujung bulan November. 

“Selepas sekian lama saya tidak berlakon dalam muzik video sendiri, single kali ini saya akan ‘turun padang’ dan berlakon.

“Saya harap peminat menerima baik projek terbaharu saya ini,” akhirinya ringkas. 

SGMS Faida