Syamsul Yusof Beri ‘Hint’ Bakal Muncul Dengan Filem Seram Baru Selepas Khurafat & Munafik!

Pelakon dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof seakan-akan memberikan ‘hint’ bahawa dia bakal tampil dengan filem seram terbaharunya tidak lama lagi.

Perkara itu dikongsi Syamsul menerusi hantaran yang dimuat naik menerusi Instagram Story miliknya.

Menurut pengarah dan penulis filem Munafik ini, dia kini sedang dalam proses menyiapkan skrip untuk filem terbaharunya, bagaimanapun judul filem berkenaan masih tidak diketahui.

“Writing… skrip baru untuk Astro Shaw.

“Ini adalah filem seram seterusnya selepas filem Khurafat, Munafik 1 dan Munafik 2. Bismillah,” tulisnya.

Terdahulu, Syamsul merupakan pengarah muda yang berjaya mencatat kutipan tertinggi menerusi filem arahannya seperti, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (RM97 juta), Munafik 2 (RM48 juta) dan Munafik 1 (RM17.04 juta).

Sebelum ini, Syamsul sekali lagi mencuri perhatian warganet selepas namanya terpalit dengan dakwaan menjalinkan hubungan ‘cinta’ dengan usahawan wanita bernama Irenee Deanna.

Bagaimanapun, tuan empunya badan masih tidak memberikan apa-apa komen mengenai gosip tersebut.

Salma Syahbuddin