Hiburan By: Del14 November 19, 2019 @ 4:10pm

Syatilla Pilih Berniaga Dari Dunia Lakonan?

Pelakon, Syatilla Melvin, isteri kepada pelakon Shaheizy Sam mengakui belum ada keinginan untuk kembali berlakon sejak berkahwin dan selepas dikurniakan sepasang cahaya mata, Syeriv Samheizy yang berumur lebih kurang tiga tahun dan Sarima Samheizy berumur 7 bulan.

Memetik laporan BH Online, walaupun menurutnya Sam tidak pernah menghalang niatnya untuk kembali aktif di dalam bidang lakonan, Syatilla memilih untuk mengasuh dan mendidik anak di rumah.

Di samping itu juga, dia turut menceburi perniagaan kosmetik yang diusahakan dengan adik-beradiknya yang lain, jadi waktunya agak terbatas untuk kembali berlakon seperti dahulu. 

“Tidak benar suami melarang…Sam tahu minat saya dalam bidang lakonan.  Cuma karier ini menuntut masa yang banyak di lokasi penggambaran.  Kami sama-sama tahu betapa penatnya berlakon.

“Selepas berkahwin dan memiliki anak, tumpuan beralih kepada dunia perniagaan.  Pada masa sama, Sam tidak mahu saya hilang fokus dalam mengasuh anak,” katanya. 

Syatilla mengatakan yang dia dan Sam masing-masing bertolak ansur dalam hal ini dan kedua-duanya mencapai kata sepakat supaya Sam sahaja yang aktif dalam dunia lakonan, dan Syatilla lebih  kepada menguruskan hal rumahtangga. 

“Bayangkan kalau kami sama-sama aktif berlakon? Bagaimana pula masa untuk anak-anak? Jadi, sekurang-kurangnya, kalau Sam sahaja aktif, saya boleh menjaga anak.

“Kami bertolak ansur dalam soal ini. Sam tidak mahu saya letih berlakon, biarlah dia tanggung sendiri,” katanya kepada BH Online. 

Tambah Syatilla, dia mulai merasa seronok menjalankan perniagaan kosmetiknya kerana pulangannya cukup lumayan.

“Rupa-rupanya seronok berniaga…Pulangan cukup baik. Sebenarnya, berlakon pun tak dapat hasil seperti berniaga,” katanya lagi. 

Pasangan ideal Sam dan Syatilla berkahwin hampir 4 tahun lalu pada tanggal 8 Februari 2016 dan Sam kini sibuk dengan penggambaran Polis Evo 3 yang juga dibintangi oleh Zizan Razak dan Syafiq Kyle. 

Kredit Foto: Instagram @samtilla 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 12 Dec 2018

Commercial Featuring BLACKPINK Banned in Indonesia

It’s apparently due to their miniskirts!

Featured Tue, 9 May 2023

“Cuma Tak Dapat Tunai Nafkah Batin…” – Suami Miera Leyana Dedah Beri Belanja Lebih RM20,000 Sebulan Pada Isteri Pertama

Rosland dakwa menyimpan segala bukti ada memberi nafkah kepada isteri pertama, Adibah iaitu madu kepada pelakon Miera Leyana

Featured Fri, 3 Feb 2023

Suami Fatin Afeefa Bagi Nafkah Cecah Lima Angka? – “Maintenance Eh?”

Wowwww 🤯 Duit Opai ni memang unlimited ke macam mana? Fuhhhhh bagusnya muliakan isteri.. 🥰 Untung Fatin 😌

Featured Wed, 7 Jul 2021

Guna Wang Sendiri Hulur Bantuan Cari Bendera Putih, Tindakan Cik B Dipuji Ramai

Baru-baru ini, tindakan anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mendapat perhatian ramai. Dalam usaha untuk menyebarkan semangat bendera putih, Cik B telah turun padang bagi menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. […]

Featured Wed, 15 Mar 2023
Cahaya Mata Wed, 4 Jan 2023
Hiburan Thu, 6 Oct 2022
Hiburan Mon, 29 Aug 2022