Hiburan By: SGMS Faida June 15, 2019 @ 3:00pm

Syatilla Suka Suami Gemuk?

Susuk tubuh sasa Shaheizy Sam ketika menjadi teraju utama filem aksi menjadi dambaan ramai, namun Syatilla Melvin mempunyai pandangan berbeza mengenai penampilan suaminya itu.

Syatilla berkata, dia lebih menyenangi bentuk badan Sam yang berisi kerana tidak perlu melakukan rutin senaman dan diet yang ketat.

“Sejujurnya kenapa saya tidak mahu Sam diet kerana bentuk tubuh sekarang adalah dirinya yang sebenar. Mungkin ramai tidak tahu, Sam suka makan dan berselera sekiranya menikmati satu hidangan itu.

“Jadi apabila perlu mula diet, saya rasa dia tidak menjadi diri sendiri kerana terpaksa mengawal selera makan. Namun, kegigihannya untuk mendapatkan tubuh demi menjayakan karakter itu bukanlah sesuatu yang baharu.

“Apatah lagi, sekiranya keluar makan, Sam hanya melihat saja saya makan kerana sudah mempunyai rancangan makanan yang ditetapkan. Oleh itu, saya tidak mahu dia mula berdiet seperti yang dimuat naik di Instagram, cuma sebagai isteri seharusnya saya sentiasa menyokong semua keputusannya,” katanya kepada Xtra.

Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 28, dan Shaheizy Sam, 36, mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.

Oleh: Zaara Talita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Wed, 5 Dec 2018
Featured Tue, 1 Nov 2022
Hiburan Mon, 19 Jun 2023
Hiburan Wed, 18 May 2022
Events Fri, 15 Feb 2019
Hiburan Wed, 8 Aug 2018

The End of Brangelina: Angelina Jolie Wants Divorce Settled by End of 2018

It seems like there really will be no more Brangelina soon.

Hiburan Tue, 6 Aug 2019
Featured Wed, 8 Sep 2021

PPV Walk In Di Lembah Klang Diberhentikan Mulai 15 September

Susulan jumlah penerima vaksin yang semakin meningkat di Lembah Klang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba sebentar tadi memberitahu yang vaksinasi secara walk- in di Lembah Klang tidak lagi akan diberikan selepas […]

Featured Mon, 4 Jul 2022

[VIDEO] Pasang ‘Belon Gastrik’ Demi Turun Berat Badan, Ramai Ngeri Tengok Zarina Anjoulie

Bagi siapa yang suka melantak tu, mungkin ini cara terbaik untuk korang!

error: Content is protected !!