Hiburan By: Salma Syahbuddin September 6, 2018 @ 11:44am

Syed Saddiq Berdebat Dengan Pemenang Piala Perdana Menteri Pagi Ini

Selepas kepulangannya memberi sokongan terhadap atlit yang bertanding semasa sukan Sea ke-18 di Jakarta-Palembang, hari ini Yang Berhormat Syed Saddiq sekali lagi hadir dalam dalam satu sesi temu bual program paling hangat setiap pagi Malaysia Hari Ini.

Kehadiran Yang Berhormat Syed Saddiq itu adalah untuk memberi tips kepada pelajar-pelajar dari Sekolah Sri Puteri dalam memperkasakan pengucapan awam dalam kalangan belia dengan tajuk perbahasan Had Umur Mengundi 18 Tahun. 

Yang Berhormat dilihat memulakan sesi debat itu dengan masa 3 minit sebelum dibahaskan semula oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Sri Puteri. Wah! nampak gayanya Syed Saddiq bukan sahaja menjadi inspirasi dalam memajukan sukan negara, tetapi terus menjadi ikon dalam dunia debat negara pula. 

Pelajar-pelajar dari Sekolah Sri Puteri ini merupakan pemenang utama Debat Piala Perdana Menteri baru-baru ini. Dengan wawasan mereka yang mahu menubuhkan NGO dalam memperjuangkan hak dan suara wanita  pelajar-pelajar ini juga turut menunjukkan minat mereka dalam perkembangan kanak-kanak dari keluarga B40.

Dan menurut Syed Saddiq dalam satu kenyataan beliau melalui akaun instagramnya, sebagai generasi muda mereka ini dilihat sebagai teraju utama dalam menjadikan Malaysia lebih baik.

 

Jadi bagi sesiapa yang ketinggalan pagi tadi menyaksikan sesi debat antara Yang Berhormat Syed Saddiq bersama pemenang debat Piala Perdana Menteri ini boleh saksikan di laman YouTube rasmi TV3Malaysia Official

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 25 Sep 2018

Rindu Zaman Kanak-Kanak, Khadijah Ibrahim Mula Bisnes Sarapan Ala Singapura

Saya seorang yang sangat mementingkan sarapan. Pengambilan makanan berat pada waktu pagi adalah rutin wajib yang saya amalkan sejak dulu lagi.

Featured Sun, 7 May 2023

Ibu Kaka Azraff Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung & Angin Ahmar

Innalillahiwainnalillahirojiun.. Salam Takziah Kaka dan keluarga 🥲🥹❤️

Featured Fri, 21 Oct 2022

[VIDEO] Pertama Kali Beli Mainan Happy Meal, Aksi Catriona Ross Ambil Order Dalam Dialek Kelantan Cuit Hati Ramai!

Best kan mainan baru Happy Meals McD ni? Min terhibur tengok gelagat Catriona jadi staf drive-thru McD 🤣🤣🤣

Featured Mon, 8 May 2023
Hiburan Fri, 8 Jun 2018

Tiada Niat Perli ‘Penunggang’ Agama

Itu hanya cebisan daripada realiti hari ini kerana di luar sana, masih ramai yang ikhlas dan jujur dalam perjuangan mereka untuk menegakkan agama…

Hiburan Tue, 31 Jul 2018

Wow! Jenama milik Erma Fatima, Fazura Ke Couture New York Fashion Week

Insha Allah, saya dan team Mak Cun akan berangkat ke New York pada 3 September depan. Pertunjukan fesyen pula bakal diadakan pada 7 September. Doakan yang terbaik ya!

Hiburan Fri, 16 Feb 2024
Hiburan Thu, 4 Jan 2024