Hiburan By: SGMS Faida December 10, 2019 @ 6:06pm

‘Syukur Bertemu Dengan Isa’ – Risteena

Hati mana yang tidak remuk apabila percintaan tempoh panjang akhirnya tidak berakhir di jinjang pelamin.

Bagi pelakon Risteena Munim yang pernah melalui situasi ini, dia mengaku sedih apabila terpaksa percintaan selama tujuh tahun dengan pelakon, Ikhwan Khairuddin menemui noktah. 

“Putus cinta memang sedih sehingga satu tahap saya sudah tidak percaya dengan cinta.

“Namun begitu, sesukar mana sekali pun saya harus menerima hakikat itu,” katanya.

Risteena memaklumkan dia tidak akan sesekali membuka cerita lama dan sudah reda dengan ketentuan Illahi.

Tambahnya, dia bersyukur dengan kehadiran Isa Khan yang mengubat jiwanya dan meyakinkan dirinya semula bahawa cinta sejati itu sebenarnya wujud.

Baru-baru ini, Isa Khan telah melamar Risteena di Bali dan memaklumkan mereka juga bertunang pada hari yang sama. 

 

Untuk rekod, Isa dan Risteena berkenalan lima bulan lalu sewaktu membintangi drama Bulan di Kota Langit yang disiarkan di RTM.- Harian Metro. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 Mar 2023
Featured Wed, 21 Dec 2022

“Doktor Kata Boleh Tambah Lagi…” – Anak Nora Ariffin Tak Nak Adik, Pilih Tambah Amal Ibadah

Bukan senang kan nak besarkan anak lebih-lebih lagi zaman sekarang ni..

Hiburan Thu, 31 Oct 2019

Penyanyi Popular Ini Sebenarnya Protege Black?

Jangan lupa saksikan Mentor Milenia 2019 Ahad ni tau?

Hiburan Tue, 9 Jul 2019
Hiburan Wed, 21 Mar 2018

Ini Reaksi Siti Nurhaliza Pertama Kali Bergelar Ibu

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pastinya sekarang ini sedang menikmati saat bahagia bersama bayi comelnya yang diberikan nama sementara sebagai Fatimah Az-Zahra