Syukur Menantu Pandai Jaga Anak, Chef Wan Sempat Berseloroh, Usik Badan Serina Macam Anak Gajah… – “Bukan Nak Hina, Tapi…”

Cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra disapa Chef Wan menasihati anak perempuannya, pelakon Serina Redzuawan untuk menjaga kesihatan badan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Chef Wan sempat mengusik dan berseloroh menyamakan bentuk badan Serina seperti gajah, serta turut memuji menantunya yang baik berbudi bahasa.

“Bagus budi bahasa menantu saya kali ini. Dapat juga merasa buah tangan beliau dari Perlis.

“Most important boleh jaga anak saya yang dah mcm anak gajah ini.

“Bukan nak hina dah gemuk tapi gemuk boleh mendatangkan penyakit belakang hari dan hanya susahkan diri sendiri pun.

“Saya selalu mengusik, menasihati Serina berat badan berlebihan sama macam arwah mak dia.

“Makan tak jaga, suka manis-manis ni pada akhirnya kena sakit empat sekawan, kencing manis sampai buah pinggang rosak kena buat dialisis hingga meninggal,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Chef Wan berkata sebagai bapa dia sentiasa akan memberi pertolongan dan membantu anak menantunya.

“Jika sakit esok bapa juga yang susah biar pun ada suami. Takkan kita boleh pandang saja biarkan macam tu. Jadi dengarlah nasihat bapa ini.

“Ada apa-apa masalah bapa mentua akan sentiasa membantu, saya akan selalu ada untuk mereka berdua,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan terharu melihat pengorbanan Chef Wan kepada anak-anaknya meskipun terbabit dalam beberapa konflik keluarga.

Serina pula tidak mengambil hati dengan menganggap panggilan itu sekadar gurauan bapa dan anak serta berterima kasih atas nasihat yang diberikan oleh bapanya.

Sebelum ini, Chef Wan mendedahkan dia menghidapi penyakit kanser limfoma.

Artikel Berkaitan: Beri Duit Belanja Beli Barang Raya Pada Cucu, Anak-Anak & Bekas Menantu, Chef Wan Syukur Tak Simpan Dendam – “Saya Dah Tawar Hati Tapi Cucu Punya Pasal Lembut Juga”

Artikel Berkaitan: Dakwaan Potong Gaji Pekerja Fitnah Besar, Chef Wan Terkejut! Tampil Perjelas Situasi Sebenar – “Saya Tak Terlibat Dengan…”

Aqilah Paharuzi