Cahaya Mata By: Fatin Nurain January 27, 2023 @ 4:02pm

Syura Badron Dedah Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki

Penyanyi Syura Badron tampil mendedahkan dirinya bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi selepas setahun mendirikan rumah tangganya yang kedua, sejak tahun lalu.

Menurut Syura, dia dijangkakan bakal bersalin pada bulan Mac ini dan mengakui sedikit gementar memandangkan sudah lama tidak melalui fasa kehamilan.

“Alhamdulillah, usia kandungan sudah lebih tujuh bulan ketika ini. Kami juga sudah senaraikan beberapa nama yang sesuai untuk anak baru kami ini.

“Terus terang, perasaan kali ini berbeza dan sedikit gementar kerana sudah sebelas tahun tidak mengandung.

“Pastinya saya berasa agak bimbang kerana mengandung pada usia sekarang berbanding ketika usia masih muda dulu.

“Pada masa sama, ada yang beritahu mengandung pada jarak yang jauh ini sakitnya sama seperti ketika melahirkan anak yang pertama dulu,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, penyanyi lagu Nazam Berkasih itu juga menyatakan suaminya, Muhd Farizat sangat teruja menantikan kelahiran cahaya mata pertama mereka.

“Bukan kami saja, anak-anak saya juga tidak sabar untuk mendapat adik baru dan tidak sabar menjadi kakak dan abang.

“Suami juga yang paling teruja buat persiapan untuk sambut kelahiran anak kami ini dan kami juga perlu sediakan semua kelengkapan yang baru untuk anggota baru dalam keluarga ini,” katanya.

Terdahulu, Syura dan Muhd Farizat berkahwin pada 22 Januari 2022.

Syura juga pernah berkahwin dengan Mohd Fadhly Md Yassin pada 29 Mac 2006 namun bercerai pada Ogos 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13, dan Muhammad Irfan Aryan, 11.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 17 Jun 2021
Hiburan Wed, 9 Jan 2019

Penyanyi ‘Dear Future Husband’ Sudah Bergelar Isteri, Tahniah!

Awwww…selepas berkenalan selama lima tahun, akhirnya!

Trending Thu, 7 Jan 2021
Hiburan Thu, 25 Apr 2019

Kenapa Nikita Mirzani Batal Hasrat Bersalin Di Singapura?

Tinggal dua hari sahaja lagi Nikita akan masuk hospital!

Hiburan Wed, 19 Sep 2018

Nabila Huda Disangka Penjaga Pintu? Gambar Ini Pasti Membuatkan Anda Ketawa!

Teruja nak ambil gambar dengan Tulus… Ya, muka pertama tu belum bersedia. Yang kedua dah terlebih yakin dan lebih ceria…

Trending Tue, 21 Jul 2020

| Live TV