Hiburan By: Salma Syahbuddin January 5, 2018 @ 4:59am

TAEYANG TIE THE KNOT 3 FEBRUARI INI?

Kegilaan terhadap artis Kpop di Malaysia begitu terserlah bila acap kali timbul berita mengenai artis kesayangan mereka. Rata-rata peminat Kpop ini sanggup berhabis duit dan bersengkang mata demi untuk menatap artis pujaan mereka beraksi. Tapi, bagaimana pula reaksi para peminat Kpop ini, sekiranya artis pujaan mereka itu mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang mereka? 

Kalau sebelum ini, pasangan yang di gelar songsong couple itu mendapat jumlah carian paling ramai dilaman sosial. Namun, bagaimana pula dengan pasangan Taeyang dan juga Min Hyo Rin? Menurut satu sumber, kenyataan rasmi telah dibuat oleh pihak pengurusan kedua belah pihak iaitu YG Entertainment dan Plum Entertainmen, bahawa anggota kumpulan BigBang itu bakal berkahwin pada 3 Februari depan.

Taeyang dan Hyo Rin juga dikatakan bakal mengadakan upacara perkahwinan mereka secara tertutup dan akan dihadiri oleh teman-teman rapat mereka sahaja. 

“Taeyang dan Hyo Rin telah menetapkan tarikh perkahwinan mereka pada Sabtu, 3 Februari depan. Majlis tersebut akan berlangsung di sebuah gereja yang sering dikunjungi oleh mereka dan keluarga. Majlis perkahwinan dan juga resepsi pasangan ini akan berlangsung di Paradise City Hotel & Resort di Incheon secara tertutup dan kami harap anda memahami situsasi mereka,” kata wakil berkenaan.

Namun, YG Entertainment turut memberitahu Taeyang dan Hyo Rin masih belum mempunyai perancangan untuk menetapkan tempat honeymoon mereka disebabkan jadual pasangan ini yang terlalu padat. 

Aksi Taeyang semasa konsert jelajah White Night beliau

Untuk makluman, hubungan cinta penyanyi yang terkenal dengan lagu Darling ini mula diketahui umum sejak 2015 lagi. Dan sebenarnya, mereka mula bercinta pada tahun 2014 selepas bertemu buat kali pertama semasa kedua-duanya menjalani penggambaran muzik video Taeyang berjudul 1AM. 

Apapun, Tahniah Taeyang Oppa!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 1 Jul 2019

Johan As’ari Tak Kisah Kalau Tak Jadi Kahwin?

Kita doa yang baik-baik untuk Johan & Letty okay!

Events Tue, 4 Dec 2018

Fill Your School Holiday with Fun in Sunway Lagoon!

There are so many activities just for the holidays!

Hiburan Tue, 23 Aug 2022

“Dulu 80 Biji Cili Pun Boleh” – Kotak Suara Nabila Razali Belum Sembuh

Semoga Nabila cepat sembuh dan boleh kembali menyanyi sepenuhnya.

Featured Sat, 28 May 2022

“Siapa Orang Tu Nak Kata Saya Istidraj? Jangan Buat Kerja Tuhan,” – Ifa Raziah

Uishh, pedas juga Ifa Raziah balas balik kenyataan Ustazah tu.. 🫢😅

Hiburan Thu, 7 Dec 2017

MACAM NI KE ANGELINA JOLIE JADI ZOMBIE?

Inilah yang terjadi apabila wanita yang dikenali sebagai Sahar Tabar ini terlalu obses dengan idolanya Angelina Jolie.