Hiburan By: SGMS Putri January 26, 2018 @ 1:37pm

Tahniah Buat Jihan, Dah Jadi Seorang Ibu

Finally, tahniah buat pelawak dan pengacara terkenal, Jihan Musa kerana dah bergelar ibu! Jihan selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor, kira-kira jam 10.15 malam tadi. Tak sabar nak tengok muka baby Jihan, mesti cute…hehe

Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa, 35, melahirkan bayi seberat 3.85 kilogram itu secara pembedahan. Syarikat pengurusannya, Laugh Out Loud Entertainment dalam satu kenyataan memaklumkan Jihan akan berehat selama dua bulan daripada aktiviti seni bagi memberi tumpuan terhadap keluarga.

“Jihan dan bayinya dalam keadaan baik dan sedang berehat. Memandangkan ini kelahiran sulungnya, Jihan akan menumpukan perhatian sepanjang tempoh itu.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan terdekat, media serta peminat,” katanya menerusi kenyataan itu.

Menerusi video yang dimuat naik di laman rasmi program Meletop itu, suami Jihan, Ungku Hariz Faizal yang juga pelakon meluahkan perasaan syukur sudah bergelar bapa. Ungku Hariz turut mengucapkan terima kasih dan berharap semua peminat mendoakan kesejahteraan keluarga kecilnya.

Terdahulu, Jihan dan Ungku Hariz, 32, mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu selepas sembilan tahun menjalin percintaan.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Nov 2018

Anggun Darniella Nama Puteri Ketiga Diana Nasir

Assalamualaikum, introducing our beautiful healthy little lady, Anggun Darniella.

Hiburan Sat, 2 Jun 2018

Adam Shahz Bawa Grab Untuk Lakonan Atau Cari Makan

Selain ia menambah pendapatan, sekurang-kurangnya saya tidak membuang masa tanpa berbuat apa-apa kalau tiada tawaran berlakon”

Hiburan Mon, 8 Jan 2018

Iqram Dinzly Memohon Maaf Pada Semua

Iqram Dinzly memohon maaf kepada semua dan mengakui dirinya juga manusia tidak sempurna kerana terlepas cakap

Featured Tue, 31 May 2022