Tahniah! Dato Sri Eizlan Kini Seorang Kolonel

Mungkin ini dikatakan rezeki bakal pengantin, Dato Sri Eizlan Yusof, dinaikkan pangkat daripada Lt. Kolonel Bersekutu (PA) kepada Kolonel, pagi tadi.

Majlis pemakaian pangkat pegawai bersekutu Angkatan Pertahanan Awam itu disempurnakan Ketua Pesuruhjaya Pertahanan Awam KPj. (PA) Datuk Roslan Bin Wahab, di ibu pejabat APM di Bangi.

Selain beliau, Ketua Pegawai Operasi FINAS, Ahmad Idham Nadrzi turut dinaikkan pangkat kepada Kolonel dalam majlis sama.

Selain itu, APM turut menaikkan pangkat daripada Lt. Kolonel Bersekutu (PA) kepada Kolonel Bersekutu (PA) Dato’ Fyzal Fauzy (Komander CDERT Ohhsem), Kolonel Bersekutu (PA) Dato’ Banuri Aris, (Penasihat CDERT dari Yayasan Felda) dan Kolonel Bersekutu (PA) Dato Lokman Hakim (GISB Holding).

Kenaikan pangkat ini adalah susulan pembabitan dan jasa mereka dalam menaikkan imej Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dalam bidang masing-masing di kalangan masyarakat.

Tahniah kepada semua!

Oleh: Guy Masaki

Kredit Foto: CDERT Ohhsem

Del14