Categories: Hiburan

Tahniah Datuk Syafinaz!

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Syafinaz Selamat atas penganugerahan pingat Panglima Mahkota Wilayah bersempena Hari Wilayah Persekutuan, sebentar tadi.

Nampaknya guru vokal berkaliber ini dah menerima gelaran Datuk! Rasanya, tak perlu kita pertikaikan lagi anugerah yang diterima Datuk Syafinaz. Apa tidaknya, sepanjang karier beliau pernah meraih beberapa pencapaian membanggakan.

Antaranya memegang status sebagai penasihat dan ‘voice master’ untuk Koir Kebangsaan Malaysia, pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Akademi Seni Kebangsaan (Aswara).

Wanita berusia 45 tahun ini pernah membuat persembahan untuk Barrack Obama ketika bekas presiden Amerika Syarikat itu membuat lawatan rasmi ke Malaysia beberapa tahun lalu.

Terdahulu, beliau pernah melahirkan tiga buah album studio iaitu Syafinaz pada 1989, Ingin Bersamamu (1999) dan Syyh (2002). 

SGMS Putri