Hiburan By: SGMS Enal June 17, 2019 @ 4:21pm

Tahniah! Fitri Haris Kini Bergelar Doktor Falsafah

Empat tahun bertungkus lumus menyiapkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD), penyanyi nasyid, Fitri Haris, akhirnya berjaya pada sesi Viva Voce yang akhirnya membawa kepada gelaran Doktor Falsafah.

“Setelah bertahun-tahun lamanya dalam perjuangan dan perjalanan penuh berliku, saya berjaya dalam sesi Viva Voce (lulus dengan suntingan minor) untuk pembelajaran di peringkat PhD.

“Tahun ini cukup bermakna buat saya kerana selain mendapat PhD, kejayaan ini diserikan dengan sambutan Aidilfitri dan sambutan hari lahir ke-35 yang disambut pada tarikh sama, 5 Jun lalu,” katanya.

Juara Gema Gegar Vaganza 2018 itu sebelum ini pernah meluahkan hasrat mahu ‘memberi semula’ ke dalam bidang muzik nasyid sebaik saja lulus PhD.

Antara perancangannya adalah membuat pembentangan kajian mengenai genre nasyid di kalangan penggiat muzik tempatan.

Pembentangan itu dijangka dibuat dalam bentuk konsert yang menghimpunkan ramai penggiat nasyid tempatan baru dan lama pada Julai depan.

Imbas kembali, Fitri menyambung pengajian ke peringkat PhD di Universiti of Nottingham di United Kingdom dalam bidang Musicology pada tahun 2015.

Oleh: Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 17 Jan 2018

MENARIK! ELEMEN FESYEN DALAM TROFI AJL32?

Dengan tema Fesyen Dan Muzik. Evolusi Ekspresi dan Identiti bakal menampilkan sebanyak 12 lagu terbaik sepanjang tahun 2017

Hiburan Wed, 28 Jun 2023

Gabungan Pemuzik Dari 3 Negara! Nusafest Kembali 8 & 9 Julai Ini

Setelah berhadapan pelbagai cabaran dan penundaan, Shiraz Projects Sdn Bhd kembali dan dengan bangganya membawakan kembali kepada khalayak sebuah festival yang menggabungkan tiga negara; Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam satu lokasi dan kemeriahan pada 8 […]

Featured Thu, 25 May 2023
Featured Tue, 24 May 2022
Hiburan Mon, 11 Jun 2018

Che Ta Ajar Intan Liana Teknik Apa Tu?

Intan Liana nampaknya tidak berdiri sendiri apabila beliau turut mendapat sokongan ramai rakan artis termasuklah, Che Ta

Hiburan Tue, 20 Aug 2019

Pertama Kali Tercalon ABPBH, Ini Reaksi Bella Dally!

Siapa tahu mungkin tahun ini rezeki Bella kan. Amin!