Tahniah! Fizi Ali Bakal Jadi Papa

“ Semua berlaku dengan cepat. Macam tak percaya nak jadi bapa,” kata penyampai radio popular Fizi Ali memberitahu isterinya, Shakilla Koriri kini hamil.

Pasangan yang mendirikan rumahtangga pada Februari lalu ini bakal bergelar ibu bapa tak lama lagi, Alhamdulillah!

Namun begitu, Fizi tidak mahu begitu teruja memandangkan kandungan masih di peringkat awal.

“ Doakan yang baik-baik. Masih awal untuk bercerita tentang hal ini, doakan ya,” katanya ketika ditemui di majlis pengumuman penyampai baharu Team Pagi Suria yang diadakan di Tropicana City, semalam.

Fizi dan Shakilla berkahwin pada 18 Februari lalu selepas empat tahun bercinta. Tahniah Fizi & Shakilla! 

SGMS Faida