Tahniah! Kutipan Ejen Ali Sudah 20 Juta!

Filem yang diangkat dari siri televisyen popular Ejen Ali, memperoleh kutipan lebih 1.8 juta pada hari pertama tayangan 28 November lalu, sekaligus mengungguli carta pecah panggung tempatan , dan kutipan tayangan kian meningkat!

Walaupun baru sahaja 2 minggu ditayangkan di pawagam, kutipan bagi filem Ejen Ali The Movie kini sudah mencecah 20 juta ringgit! Wow! Bukan kaleng-kaleng!

Diterbitkan oleh Primeworks Studios dan WAU Animation, filem ini berkisarkan Ali, seorang ejen berusia 12 tahun yang direkrut menjadi ejen penyiasat di agensi perisikan dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency (MATA).

Ali yang ditugaskan untuk melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar, menghadapi konflik apabila mendapat tahu dia bukanlah satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet istimewa iaitu Infinity Retinal Intelligence System (IRIS).

Filem ini turut mendapat pujian daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyifatkan filem animasi ini setanding dengan filem animasi bertaraf dunia lain yang menggunakan teknologi yang canggih. 

Kalau belum berkesempatan menonton filem ini, Ejen Ali The Movie masih ditayangkan di pawagam-pawagam berdekatan! Sokonglah filem buatan Malaysia!

Del14