Hiburan By: SGMS Faida May 13, 2018 @ 9:02am

Tahniah! Mat Dan Dah Jadi Ayah

Alhamdulillah… Tahniah pengacara Mat Dan yang baru saja menimang anak lelaki sulung pada 5 Mei lepas.

Berita tersebut dikongsi oleh hos program Mat Dan Kaki Jalan itu menerusi salah sebuah entri di laman Instagram miliknya, semalam.

Menerusi entri tersebut, Mat Dan atau nama Islamnya, Kareef Daniel Abdullah memuat naik sekeping foto bayi.

“Alhamdulillah, pada 5 Mei lalu, jam 6.43 petang, isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami.

“Kedua-dua ibu dan anak dalam keadaan sihat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga,” tulis Mat Dan di ruangan kapsyen.

Mat Dan dan isterinya, Nadifa Adnan diijabkabulkan pada 12 Mac tahun lalu di Bukit Chendering, Kuala Terengganu.

Majlis perkahwinan pasangan itu diketahui umum selepas gambar pertunangannya dengan gadis itu tular beberapa jam sebelum mereka bernikah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 13 Dec 2021

Iqbal Zulkefli Pernah Luah Hasrat Nak Mendekati, Tapi Ini Pula Respons Rossa – “Siapa Dia Ya? Rasanya Pernah Berjumpa Sekali, Untuk Bergambar Sahaja…”

Sebelum ini, usahawan kontroversi yang bergelar penyanyi, Ahmad Iqbal Zulkefli, 27, pernah meluahkan hasrat untuk mendekati penyanyi popular Indonesia, Datuk Seri Rossa. Menerusi laporan media pada penghujung November lalu, Iqbal pernah meluahkan hasrat mahu mencuba […]

Hiburan Tue, 2 Jul 2019

’Selepas Arwah Pergi, Kesihatan Ibu Terjejas’- Khir Rahman

Semoga keadaan Datin Fadilah baik-baik sahaja lepas ini…Insha Allah!

Hiburan Mon, 18 Mar 2019

Ketengah Tema Lagu Kahwin, Zero Bakal Keluar Single Selepas Raya Aidilfitri

Asyik lagu meleleh sedih, jiwang je…sekali sekala layan lagu komedi nasihat best juga kan?

Hiburan Wed, 24 Oct 2018

Tahniah! Hadiah Hari Jadi Paling Indah, Rossa Dikurnia Gelaran Datuk Seri

Lima tahun yang lalu saya dianugerahkan gelaran Dato, hari ini saya dianugerahkan darjah kebesaran negeri Pahang sebagai Datuk Seri…

Hiburan Tue, 3 Apr 2018

Usikan Janna Nick disalah faham!

Inilah yang berlaku antara pelakon Janna Nick dan penyanyi yang baharu putus tunang, Sufian Suhaimi.