Hiburan By: SGMS Faida August 5, 2019 @ 6:11pm

Tahniah…Nina Iskandar Kini Bergelar Isteri Penolong Pengarah!

Pelakon Nina Iskandar selamat bergelar isteri kepada penolong pengarah drama, Mohd Azlan Adzanan, pada awal April lalu.

Heroin drama Setelah Cinta Itu Pergi itu memaklumkan memilih untuk mengadakan majlis dalam suasana tertutup yang hanya membabitkan keluarga kedua belah pihak sahaja.

“ Secara peribadi nikah adalah privasi dan rahsia. Saya memang jenis begitu dan tidak suka hebohkan hal peribadi.

“Pada waktu sama, saya tidak mahu ia mengundang fitnah dan orang cakap macam-macam susulan kes yang hangat diperkatakan sebelumnya. Sebab, dalam perkara ini, ia berkaitan dengan soal jodoh,” katanya kepada Harian Metro.

Difahamkan, Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar memilih mengadakan majlis persandingan semalam sempena hari jadinya yang ke-28, semalam.

Mengenai majlis persandingan yang diadakan selepas empat bulan bernikah, Nina yang berasal dari Brunei Darussalam berkata, sudah tiba waktu dia memaklumkan kepada umum status dirinya.

“Bagi saya, ini waktu sesuai saya mengadakan majlis resepsi selain diadakan sempena hari jadi. Dalam masa sama, ia sekali gus menjelaskan status perkahwinan dengan suami,” katanya.

Tambahnya, dia tidak menjemput rakan media atas menghormati permintaan kedua belah pihak keluarga.

Semalam, Nina dan suami diraikan dalam sebuah majlis resepsi di Forest Valley Hall, Cheras.

Terdahulu, Nina mengadakan sidang media memaklumkan mengenai beberapa surat notis tuntutan permohonan maaf yang sudah dihantar kepada tiga pihak membabitkan isu fitnah terhadapnya.

Isu fitnah itu mula diperkatakan selepas satu portal hiburan menyiarkan kenyataan daripada satu sumber yang mengatakan bahawa Nina menjadi punca perceraian seorang penolong pengarah dengan bekas isterinya.

Bagaimanapun, Nina menolak dakwaan mengenai hubungannya dengan lelaki itu dan memberitahu bahawa mereka hanya berkawan secara profesional.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 21 May 2018

Sebak! Nazim Othman Kongsi Gambar Terakhir Bersama Bella

Muatnaik ini sekaligus mengundang rasa sedih rata-rata peminat mereka yang merasakan pasangan ini merupakan pasangan yang secocok

Featured Wed, 6 Jul 2022
Events Sun, 25 Aug 2019

叶世荣黄贯中《冲动效应》嗨爆云顶!延续华人摇滚精神

叶世荣、黄贯中《冲动效应》嗨爆云顶!2小时30分钟唱近30首歌曲,延续华人摇滚精神。

Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Azhar Sulaiman ‘Tegur’ Pelakon Suka Memilih

Jangan rasa industri seni di Malaysia macam di Hollywood walhal tidak. Ramai yang berada dalam bidang ini suka berangan.

Kisah Viral Sat, 24 Dec 2022

8 Minggu Bertarung, Juara Dapur Tempur Milik Pasangan Masam Manis

“Gunakan masa untuk melihat, hidung untuk bau dan lidah untuk merasa. Jangan terlalu mengejar masa sampai anda tertinggal apa itu rasa.” Itulah mutiara kata daripada Sheila Rusly untuk membakar semangat para peserta sebelum bermulanya pertandingan

Hiburan Sat, 15 Dec 2018

Alhamdulillah…Kaka Kini Bergelar Isteri

Dalam pada itu majlis resepsi kedua-dua mempelai akan diadakan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

| Live TV

error: Content is protected !!