Hiburan By: Padin March 4, 2023 @ 8:00pm

“Tahun Ini Kami Terima 300 Penyertaan Dari Segenap Pelusuk Dunia” – MIFFest Jemput Michelle Yeoh

“Saya memang mahu menjemput pelakon Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh untuk memeriahkan Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) edisi ke-6 yang bakal berlangsung pada 23 hingga 29 Julai ini.”

Demikian hasrat Joanne Goh selaku Presiden MIFFest dalam rancangan berterusan untuk mengukuhkan jenama festival filem antarabangsa pertama Malaysia itu.

Menurut Joanne, pihak MIFFest pernah melayangkan jemputan kepada Michelle namun belum ada rezeki untuk pelakon kelahiran Ipoh itu untuk hadir ke acara terbabit.

“Sebenarnya ini kali keempat kami menjemputnya. Sebelum ini, tiada kesempatan untuk Michelle hadir kerana terikat dengan penggambaran. Kali ini, saya berharap agar jadualnya tidak padat dan dapat menghadiri MIFFest.

“Kehadiran pelakon filem Everything Everywhere All at Once itu pastinya akan memberikan inspirasi terhadap ramai pengkarya, terutamanya anak tempatan. Tahun ini juga menyaksikan 300 penyertaan dari segenap pelusuk dunia diterima berbanding hanya lebih 200 pada edisi lalu.

“Maklum balas pengkarya Malaysia terhadap festival ini juga semakin baik iaitu kira-kira 20 filemn tempatan yang menghantar penyertaan. Saya yakin kali ini penjurian akan lebih mencabar dan kita tengoklah nanti mana filem yang bakal bersinar,” katanya.

MIFFest turut bekerjasama buat pertama kali dengan pihak BMW Shorties, pertandingan filem pendek paling berprestij yang sudah diadakan selama 17 tahun.

Dalam pada itu, Joanne turut mengumumkan penerbit, pengarah dan pelakon berkaliber, Bront Palarae terus menjalin kerjasama dan diberi kepercayaan menjadi duta festival untuk tahun keempat.

“Kami senang bekerja dengan Bront. MIFFest dan Bront mempunyai hala tuju sama. Kami mahu mempromosikan seni serta budaya tempatan di mata dunia sehingga MIFFest dikenali di peringkat antarabangsa.

“Kami mempunyai impian untuk menyaksikan MIFFest menjadi acara wajib untuk pengkarya filem serata dunia raikan setiap Julai. Kami mahu menjadikan ia rutin, setiap tahun pada bulan Julai, ramai penggiat industri perfileman dari luar negara datang ke Malaysia untuk menghadiri MIFFest,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 14 Sep 2018

Tak Bertegur Dengan Heroin, Apa Jawab Syafiq Kyle Eh?

Pasangan pelakon ini pernah digosipkan bercinta pada tahun lalu namun dinafikan oleh keduanya. Agak-agak selepas tayangan Langsuir, adakah Syafiq dan Hannah akan berlakon bersama lagi?

Hiburan Sun, 7 May 2023
Trending Tue, 28 Dec 2021

Didakwa Bawa Lari Anak-Anak, Ini Respons Badrul Muhayat – “Saya Kena Fitnah!”

Aktor popular 90-an, Badrul Muhayat memberikan respons mengenai dakwaan bekas isterinya yang mengatakan dia melarikan dua anak mereka. Enggan ditemu bual panjang, Badrul atau nama sebenarnya, Badrul Muhayat Ahmad Jailani, 53, memberikan jawapan ringkas. “Saya […]

Hiburan Tue, 28 Nov 2023
Trending Sun, 21 Apr 2019

‘Suruh Anak Aku Ke Depan Kelas Dan Buka Baju…’- Netizen Dakwa PU Abu Pernah Buli Anaknya Di Sekolah

Susulan kes penceraian PU Abu Sufyan dengan isterinya Ain Afini yang kini tular di media sosial, nampaknya lebih ramai individu tampil mendedahkan sisi lain yang tidak diketahui mengenai ‘ustaz’ viral ini.  Menerusi laman FB seorang […]

Featured Tue, 21 Mar 2023
Featured Fri, 5 Feb 2021