“Taik Kau Cakap? Biadap! Penunggang Agama Bila Bersembang…” – Diminta Bertudung & Tingkatkan Amalan, Elly Mazlein Selar Individu Mulut Celupar

Kontroversi mengenai pengunduran pengacara dan selebriti terkenal, Elly Mazlein dalam program realiti nyanyian sehingga kini masih hangat menjadi perbualan di media sosial.

Isu ini menjadi lebih hangat apabila Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina Kepom memuat naik hantaran di Instagram Story (IGs) pada malam Ahad, seakan menyindir pengacara program berkenaan.

Terkini, menerusi hantaran di IGs, aktres drama komedi Kampung People ini membidas tindakan individu tidak bertanggungjawab yang mengkritiknya untuk meningkatkan amalan serta mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.

Lebih parah, individu tersebut turut mengkritik program realiti hiburan tersebut dalam perkara yang tidak senonoh.

“Baik kau bertudung, beramal mengaji dan dekatkan diri dengan Tuhan. Macam la diva sangat asyik cerita pasal Gegar Vaganza (GV) taik ni je.

“Esok Allah Ta’ala gegarkan bumi ni amsa tu baru korang semua sibuk meratap menangis bagai bila ada peserta terkeluar. Eleh nak muntah aku tengok. Akak-akak, makcik-mackcik bengkak mata menangis. Puih,” tulis individu berkenaan.

Tidak berdiam diri, Kak Lina memuat naik tangkapan skrin di IGs menyelar kenyataan tersebut sekaligus melabel individu berkenaan sebagai penunggang agama.

Jelasnya, Kak Lina kesal apabila program yang dikendalikannya sehingga minggu ketiga itu menerima makian lebih-lebih lagi apabila program tersebut memberi rezeki kepada ramai orang.

“Bila si bangang berkata-kata. Ramai orang mencari rezeki dalam GV tu. Kurang ajar kau ni, taik kau cakap? Adab kau pergi mana? Kau jangan sembang pasal Allah..

“Kau tak paayah sembang pasal Islam kalau kau tu hanya mampu bertopengkan Islam. Rezeki orang kau boleh cakap taik. Nak amrah aku, kau marah aku seorang.

“Kau jangan babitkan ramai orang dalam GV tu mencari rezeki. Ayat kau melambangkan diri kau, kau sangat memalukan.. Biadap!,” selarnya.

Sebelum ini, Kak Lina memutuskan untuk tidak lagi menjadi pengacara dalam program realiti hiburan tersebut atas hal-hal peribadi.

Artikel Berkaitan: “Bagi Laluan Orang Is Shaking Buat Kerja Dengan Selesa” – Elly Mazlein Dedah Ada Pihak Tak Senang Keputusan Tarik Diri Jadi Pengacara?

Artikel Berkaitan: Dikritik ‘Gedik’ Ketika Mengacara… Terbuka Terima Teguran, Kak Lina Pom Pom Hanya Karakter Atas Pentas

Aqilah Paharuzi