Featured By: Salma Syahbuddin April 11, 2022 @ 3:35pm

“Tak Ada Niat Ganggu & Ceroboh Privasi” – Rakaman Video Siti Nurhaliza Keluar Duit Di ATM Viral, Pengguna TikTok Buat Permohonan Maaf

Siapa sangka tindakan seorang individu bertindak merakam momen penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika sedang mengeluarkan duit di auto teller machine (ATM) mendapat kecaman dari pelbagai pihak.

Video berdurasi 22 saat yang dikongsi individu yang dikenali sebagai @yanaothman menerusi aplikasi TikTok miliknya itu kini telahpun di tonton lebih 500,000 tontonan sejak ia dimuat naik pada Ahad.

@yanaothmannn Kakak kite terserempak dengan @toktitiktok kat atm machine. Rezeki lah jumpe tokti tu. Dah lama dia nak jumpa idola dia tu. #fyp #sitinurhaliza #ctdk #tokti ♬ Sesuci Lebaran – Siti Nurhaliza

 

Enggan terus terpalit dengan kata-kata negatif netizen, individu terbabit dilihat menutup ruangan komen di aplikasi TikTok miliknya.

Malah, dia tampil membuat permohonan maaf menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya @yanaothman_official serta menjelaskan bahawa rakaman video tersebut adalah rakaman video kakaknya yang teruja berjumpa dengan penyanyi kesayangan ramai itu.

“Segala Kekhilafan adalah berpunca dari kami insan yang tidak sempurna. Manakala segala kebaikan datangnya dari Allah SWT. 

“Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak yang terasa akan perkongsian moment pertama kali kakak saya bertemu dengan penyanyi nombor 1 negara @ctdk . Segalanya berlaku dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.  Keterujaan bertemu penyanyi no 1 negara itu mengaburi segalanya sehingga lupa akan privasi dan peka terhadap ‘certain part to share with public’. To be honest tidak ada niat untuk mengganggu privasi, atau menceroboh privasi @ctdk melainkan ingin merakam moment bertemu dengan penyanyi no 1 negara itu.

“Kami anggap ini adalah “rezeki” di bulan suci Ramadhan dapat bertemu dengan beliau terutamanya kakak saya yang sememangnya teringin sangat-sangat berjumpa dengan @ctdk . Maka ini adalah moment manis pertama kali bertemu dengan tokti,” katanya.

Menurutnya, keterujaan bertemu dan melihat sendiri Siti di depan mata mengaburi segalanya sehingga terleka dengan perkara sensitif tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 11 Feb 2020
Hiburan Fri, 16 Aug 2019

Suami Tak Cari Lain? Ini Tips Nora Jaga Rumah Tangga

Tips berguna buat para isteri diakhir zaman ni. Suami? Jangan pernah lupa tanggungjawab juga okay!

Acara Thu, 20 Feb 2020
Trending Tue, 24 Mar 2020

Gara-Gara Covid-19, Perkhidmatan Pengangkutan Awam Terpaksa Dihentikan?

Jadi gais jangan degil nanti susahkan semua orang pula

Featured Tue, 19 Jul 2022

[VIDEO] “Trend Niaga ‘Cedok Live’ Di TikTok Wujud Unsur Gharar” – PU Amin

Allahuakbar, pengajaran untuk semua sebelum kita beli apa-apa pastikan hukum halal dan haramnya dahulu

Featured Sat, 16 Apr 2022
Hiburan Sat, 1 Sep 2018

Keranda, Gaun dan Kasut Tinggi Mendiang Aretha Franklin Jadi Perhatian

Difahamkan, mendiang telah berganti baju sebanyak 2 kali. Jenazah juga dibaringkan dalam sebuah keranda bersalut emas 24 karat serta menyarungkan gaun merah dan kasut bertumit tinggi.

Featured Tue, 13 Sep 2022

| Live TV