Featured By: Aqilah Paharuzi March 22, 2022 @ 12:00pm

“Tak Adil Jika Hanya Tuding Kesilapan Pada Satu Pihak” – Ruhainies Harap Orang Ramai Maafkan Zul Ariffin

Pelakon Ruhainies mengakui terpalit dengan isu video adegan panas yang dimuat naik oleh Zul Ariffin apabila dirinya dihujani dengan pertanyaan peminat dan media mengenai isu berkenaan.

Berkawan baik dengan Zul, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 29, menyifatkan tindakan Zul dalam membuat permohonan maaf susulan klip babak panas yang tular itu sebagai jalan terbaik bagi menjernihkan keadaan yang agak ‘tegang’.

“Sebagai antara rakan artis yang rapat, saya tak mahu komen lebih sebab bimbang nanti ia akan disalahertikan. Cuma tidak dinafikan, saya antara yang ditanya media dan peminat mengenai isu berkenaan.

“Apa pun, orang ramai boleh bercakap macam-macam. Siapa yang mengenali Zul secara dekat, pasti tahu dia bagaimana orangnya. Di luar set (lakonan) dia bukanlah seperti apa yang digambarkan segelintir pihak.

“Dia juga sahabat yang sangat baik dan tidak lokek berkongsi ilmu dalam bidang lakonan.

“Dia juga melayan baik semua orang. Jadi, ini pun salah satu sebab saya senang berkawan dengan Zul,” ujarnya.

VIDEO] Zul Ariffin Dan Ruhainies Berpelvkan Akhirnya Mengundang K3caman Netizen – Siakap Keli Press

Memetik daripada laporan Harian Metro, Ruhainies berkata tidak adil jika kesilapan mengenai isu berkenaan disalahkan kepada satu pihak saja.

Ruhainies berkata, Zul adalah seorang pelakon yang sangat professional dan dia yakin Zul pasti mendapat pengajaran yang bermakna daripada isu panas yang berlaku ini.

“Zul sendiri sudah pun memohon maaf atas apa yang berlaku.

“Bukan bermaksud nak ‘back up’ kerana yang salah tetap salah. Cuma setiap manusia pasti tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Harap semua dapat maafkan dia.

“Saya percaya, Zul selepas ini akan lebih berhati-hati dan fikir panjang untuk menerima mana-mana tawaran selepas ini.

“Lebih baik untuk kita sebarkan apa yang positif dan ambil iktibar daripada apa yang telah berlaku,” katanya.

Terdahulu Ruhainies dan Zul pernah menjadi perbualan hangat di media sosial dek kerana hubungan mereka yang sangat rapat sehingga ada yang mendakwa mereka adalah pasangan suami isteri, namun Ruhainies menegaskan bahawa mereka hanya berkawan rapat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ruhainies7

Pada tahun lalu, Ruhainies dan Zul pernah bergandingan menerusi drama bersiri, Wifi Sebelah Rumah yang bersiaran di Disney+ HotStar dan Akasia TV3.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 4 May 2020
Hiburan Mon, 18 Mar 2019

Dua Tahun Menghilang, Tukul Arwana Rindu Mengacara

Bekas pengacara Bukan Empat Mata ini mengaku rindu untuk mengusik dan melihat gelak tawa penonton di studio. 11 tahun beb mengacara, mestilah rindu kan?

Featured Thu, 18 Feb 2021
Hiburan Sat, 2 Feb 2019

‘Tak Sabar Tengok Persembahan Kawan Baik’- Wany Hasrita Bakal Hadir Ke AJL 33

Sudah tentu saya akan hadir pada malam esok memandangkan rata-rata finalis yang membuat persembahan adalah teman baik saya.

Trending Sat, 1 Aug 2020
FESYEN Sat, 28 Sep 2019

Abby Minta Doakan ‘Baby D’

Doakan Abby Abadi dan Baby D ya?

Hiburan Mon, 2 Oct 2023

“Sebelum Kahwin, Dhabitah Sudah Ajak Bincang Isu Pakaian Renang..” – Jiggy

Nak buat macam mana kan.. Anyways, congrats Dhabitah!