Featured By: Salma Syahbuddin March 22, 2022 @ 11:59am

“Tak Dapat Saya Bayangkan…” – Pernah Alami Masalah Kulit Muka, Aina Abdul Tak Sangka Wajahnya Kini Hiasi Billboard Serata Malaysia

Penyanyi Aina Abdul kini tidak menyangka wajahnya terpampang di papan iklan serata negara.

Mengalami masalah kulit muka yang teruk satu ketika dahulu, Aina tak menyangka dia mendapat peluang sebegini.

“Alhamdulillah, saya gembira kerana dapat menyambung kolaborasi dengan Trulooks kerana saya memang pengguna Truskin. Bukan sahaja produk ini berkualiti, malah pihak Trulooks juga sering memudahkan tugas saya sebagai wajah jenama ini.

“Apa yang saya tak sangka, wajah saya terpampang di papan iklan. Tak pernah saya bayangkan, seorang gadis yang mempunyai masalah kulit muka di zaman remaja mendapat peluang untuk terpampang di billboard besar serata negara.

“Masalah kulit wajah saya semakin dapat diatasi dengan penggunaan produk ini dan apa yang penting, saya mendapat keyakinan diri untuk beraksi sebagai seorang penghibur di atas pentas,” katanya.

Aina ditemui di majlis Grand Launching & CEOBOSS Entrepreneur Award 2022 anjuran Trulooks di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada Ahad.

Aina sekali lagi diberi kepercayaan oleh pihak Trulooks untuk tahun ketiga bersama-sama jenama itu.

Terima kata-kata sumbang kerana memilih Aina Abdul

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksklusif Trulooks, Julia Lah mendedahkan turut menerima kata-kata sumbang yang kedengaran ketika mereka menampilkan Aina sebagai wajah jenama mereka pada penghujung tahun lalu.

“Ketika mula menyunting Aina pada 2021, ada suara sumbang mempertikaikan kenapa kami memilihnya kerana Aina mempunyai masalah kulit wajah.

“Kami sendiri mahu menunjukkan perubahan kulit muka Aina ketika menggunakan Truskin kerana ia lebih meyakinkan pengguna. Kami percaya kami harus meraikan semua jenis kecantikan kerana itu merupakan antara visi yang ingin Trulooks capai,” katanya.

Namun, bagi Pengarah Trulooks, Dr Adibah Abd Bari, beliau  gembira kerana dapat menyambung kolaborasi dengan pelantun lagu Sepi ini yang disifatkannya sebagai seorang yang sangat profesional.

“Sangat mudah bekerjasama dengan Aina. Dia seorang yang sangat profesional. Apa yang penting, dia menggunakan Truskin dan ia memberi kesan positif terhadap kulit wajahnya.

“Sangat mudah bekerjasama dengan Aina. Dia seorang yang sangat profesional. Apa yang penting, dia menggunakan Truskin dan ia memberi kesan positif terhadap kulit wajahnya,” katanya.

Dalam majlis sama, Trulooks turut melancarkan produk terbaharu dibawah jenama ini iaitu, Truskin Trio Happyness Edition.

Sehingga sekarang, ia mempunyai lebih 2,000 stokis dan ejen di seluruh negara, termasuklah Brunei dan Singapura.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 Jan 2024
Hiburan Wed, 15 Aug 2018

Betul Ke Peserta I Can See Your Voice Ini Mirip Suara Bruno Mars?

Video ini mengejutkan semua penonton apabila dalam tempoh 5 hari dimuat naik melalui laman rasmi Youtube ntv7, video ini telahpun mendapat jumlah tontonan sebanyak 655, 719 dan nombor satu trending di Malaysia. Wow!

Trending Wed, 3 Feb 2021

Gementar Tamat Zaman Solo, Intan Ladyana Sempat Turun Padang Jumpa…

Selepas setahun menjalin hubungan mesra, pelakon Intan Ladyana mengakui berdebar untuk menamatkan zaman solo dengan kekasihnya, pelakon Harris Alif pada hujung minggu ini. Difahamkan, majlis pernikahan Intan yang bakal berlangsung di pejabat Jabatan Agama Islam […]

Hiburan Mon, 9 Apr 2018

Persembahan Terbaik Protege Curi Perhatian Juri!

Kehangatan pentas Mentor Otai semakin dirasai apabila konsert ketiga memperlihatkan penyingkiran Ayie yang juga protege kepada Mentor, Siti Sarah. Namun, pada kali ini Mentor Otai sekali lagi membawakan malam konsert dengan tema lagu-lagu yang dipetik daripada Anugerah Juara Lagu

Featured Mon, 12 Jun 2023