Hiburan By: SGMS Faida May 7, 2018 @ 8:46am

Tak Dapat Serang Kakak, Instagram Adik Jadi Mangsa…

Berikutan kes Uqasha Senrose ditahan selepas ditemui dalam keadaan khayal, laman Instagram Nelydia Senrose pula menjadi mangsa serangan netizen!

Disebabkan kakaknya menutup ruangan komen, rata-rata netizen melontarkan komen negatif di laman Instagram Nelydia pula…

Hampir 1,000 komen yang rata-ratanya memberi kata-kata negatif membanjiri foto pelakon tersebut sejak pagi Isnin.

Segelintir peminatnya pula meminta aktres itu menutup ruangan komen bagi mengelakkan perbelahan berterusan.

Bagaimanapun, Uqasha menerusi satu laporan sebuah portal memberitahu ujian air kencing membuktikan dia tidak berada dalam keadaan khayal seperti dilaporkan.

Dia juga tidak menolak terdapat unsur sabotaj terhadap dirinya. 

Sebelum ini, dunia hiburan dikejutkan dengan berita seorang pelakon popular ditahan polis selepas ditemui dalam keadaan khayal berserta sejumlah dadah sintetik yang dipercayai jenis Erimin 5 sebanyak 53 biji dalam tas tangan miliknya pada Ahad.

Dia bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, dadah yang ditemui dianggarkan bernilai RM660 selain ujian saringan awal air kencing terhadap aktres itu juga didapati negatif.

Tambah Mazlan, kes itu akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara.

Sumber polis berkata, artis itu yang berasal dari Kelantan dipercayai melanggar kenderaan seorang lelaki Cina di Taman Tun Dr Ismail di sini sebelum lelaki tersebut menghubungi pihak polis kira-kira pukul 11.45 pagi.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 10 Dec 2019

‘Syukur Bertemu Dengan Isa’ – Risteena

Risteena memaklumkan dia tidak akan sesekali membuka cerita lama dan sudah reda dengan ketentuan Illahi.

Hiburan Fri, 4 Oct 2019

Abby Abadi Kongsi Nama Penuh ‘Baby D’

Umum tahu kisah bayi pramatang pelakon Abby Abadi dan suaminya Faizal Zakaria yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) selepas terpaksa dilahirkan melalui pembedahan, semasa kandungannya baru berusia 6 bulan. Baca: Abby Abadi Selamat Lahirkan […]

Hiburan Sat, 4 May 2019

Kolaborasi Justin Bieber- Ed Sheeran Bakal Jadi Kenyataan?

Kemungkinan mereka berada di studio sama untuk sesi fotografi kot?

Hiburan Fri, 10 Jan 2020

Issey Tiada Masalah Jadi ‘Bapa Segera’

Fasa baru dalam hidup Issey!

Hiburan Sat, 21 Dec 2019
Hiburan Mon, 12 Jun 2023
Featured Fri, 9 Dec 2022

Masih Dihantui Masa Lalu, Aisha Retno Susah Nak Move On Dalam I.L.S.M

Sedihnya lagu baru Aisha ni tapi sumpah best!

Featured Mon, 7 Nov 2022