“Tak Faham Dengan Orang Yang Bangga Tak Reti Cakap Bahasa Malaysia” – Ben Amir Selar Siapa Tu?

Perkongsian terkini pelakon, Ben Amir mencuri perhatian ramai yang menyelar tindakan segelintir individu yang bangga apabila tidak pandai berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia.

“I don’t really understand why people think it’s a flex that you can’t converse in Bahasa Malaysia, and proud of it. Like how arrogant can you be?,” tulisnya di platform X (Twitter) baru-baru ini.

Ciapan Ben itu bagaimanapun memakan dirinya semula apabila ramai yang mengkritik aktor drama komedi Honey-Moon ini kerana menulis dalam Bahasa Inggeris.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Ben telahpun memadam ciapan berkenaan.

Sebelum ini, ciapan Ben mencuri perhatian apabila meluahkan rasa berang terhadap seseorang yang mempunyai perangai tidak elok.

Artikel Berkaitan:  “Perangai Elok Sikit Cb! Selalu Yang Kepam Banyak Bunyi,” – Luah Rasa Berang, Ben Amir Tuju Pada Siapa Tu?

Aqilah Paharuzi