Hiburan By: SGMS Faida April 24, 2019 @ 2:44pm

Tak Jadi Saman, Pak Ya Maafkan Lan Pet Pet

“ Saya maafkan Lan bukan kerana duit tetapi keinsafan dirinya,” demikian kata pengawal keselamatan, Yahya Manap atau Pak Ya selepas bersemuka dengan pelawak terkenal itu, malam tadi.

Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad telah berjumpa dan membuat permohonan maaf dengan Pak Ya atas insiden kekasaran yang berlaku di Acacia Park Desa Jati pada dua minggu lalu.

“ Buang yang keruh, ambil yang jernih. Lagipun bulan Ramadan al-Mubarak akan tiba, tidak lama lagi. Lebih elok kami berbaik daripada memanjangkan sengketa pada bulan mulia.

“ Saya bukannya pendendam. Segala perbuatan dan kekhilafan Lan terlerai sebaik kami bersemuka,” kata Yahya seperti laporan BH Online.

Tambah Yahya, dia tersentuh melihat kesungguhan Mazlan untuk datang bersemuka dengannya dan meminta maaf.

“Asalkan Lan insaf dengan perbuatannya, itu sudah cukup. Saya akan berbincang dengan peguam untuk menarik balik permohonan rayuan supaya hukuman terhadap Lan disemak semula.

“Saya tidak akan meneruskan tindakan saman itu,” katanya.

Pada 15 April lalu, Mazlan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban selepas mengaku salah memukul Pak Ya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Acacia Park Desa Jati, Nilai, Negeri Sembilan.

Mazlan mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Mayon Yusof.- BH Online. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 25 Nov 2023
Hiburan Thu, 9 Nov 2017

NASKAH YANG TERAKHIR? – ERMA FATIMAH

Setelah beberapa kali turun naik pentas Anugerah Skrin iaitu pada kemenangna pertamanya pada tahun 1995, Erma Fatima telah meluahkan hasrat hatinya untuk terus memberikan yang terbaik kepada industri.

Hiburan Mon, 24 Dec 2018

Lazarul Tersingkir, Empat Protege Mara Ke Pentas Akhir Mentor 7

Empat protege program realiti popular ini iaitu Pasya, Ranisha, Zaaim dan Azmirul bakal berentap di pentas akhir.

Hiburan Mon, 2 Jul 2018

Sampai Bila Nak Bawa Watak Nenek Atau Hantu?

Watak Ibu-Ibu lebih sesuai diberikan kepada pelakon seusia saya. Habis tu pelakon seumur saya nak bawa watak apa?

Cahaya Mata Tue, 8 Nov 2022

“Ummi Bilal Ni Jerit Tak Berlagu” – Neelofa Beri Nasihat Jangan Cium Anak Orang Lain

Min setuju.. Risau tau keliling kita ada virus masih berlegar legar lagi