Hiburan By: SGMS Faida August 28, 2018 @ 4:00pm

Tak Kecil Hati Video Teater Kembang Layarku Jadi Bahan Ketawa

Video yang memaparkan empat pelakon teater Kembang Layarku menjadi viral sejak malam tadi apabila video persembahan mereka mendapat reaksi yang pelbagai di media sosial.

Menerusi laporan Harian Metro, pengasas Sanggar Teater, Fauziah Nawi, berkata dia tidak berkecil hati apabila video pemain teater membuat persembahan itu tular dan menjadi bahan ketawa netizen.

Menurutnya, dia sendiri tidak menyangka, teater yang dipentaskan di pentas Studio Stefani, Ampang memandangkan ia sudah lama dipentaskan iaitu pada penghujung Julai lalu namun tular selepas pementasan selesai.

“ Alhamdulillah, walaupun tidak mendapat liputan meluas, tiket untuk tiga hari pementasan bermula 27 hingga 29 Julai lalu, habis terjual.

“Tapi, saya tak sangka pula yang ia akan tular lebih lewat. Tapi, tak mengapa kerana mungkin selepas tular, ramai akan nampak kewujudan kami (Sanggar Teater),” katanya.

Fauziah berkata, dia mendapat tahu mengenai penularan video itu semalam apabila dimaklumkan oleh pelakon Kembang Layarku.

“ Mulanya, mereka takut untuk maklumkan mengenai penularan video itu kepada saya. Alasannya, mereka takut saya berkecil hati andai kata mereka memalukan saya di acara TV itu.

“Saya tak kisah orang nak cakap apa pun. Mungkin ramai yang tidak faham kisah yang cuba disampaikan menerusi teater itu. Kalau mereka nak kecam dan cakap yang bukan-bukan, saya tak kisah,” katanya.

Tambahnya lagi, penonton hanya melihat sebahagian daripada teater itu dan menganggap itu bahan jenaka.

“ Mereka rasa itu jenaka, tapi sebenarnya banyak emosi dipertontonkan. Itu cuma sebahagian saja. Kalau mereka tonton pementasan penuh, mesti mereka faham,” katanya.

Fauziah yang juga pengarah artistik teater itu memberitahu, keempat-empat anak buahnya sudah melakukan yang terbaik.

Teater itu menangkat mengenai emosi orang muda yang bergolak dengan kehendak dan rasa bersalah terhadap ibu bapa kerana menurut kata hati.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 9 Apr 2019

Cukup-Cukuplah Kontroversi, Raja Azmi Tak Mahu Lagi…

Seiring dengan peningkatan usia bakal menjengah 60 tahun pada Jun ini, penerbit Raja Azmi Raja Sulaiman tidak mahu lagi dikaitkan dengan isu kontroversi. “Pada usia ini saya mahu hidup tenang dan fokus pada dunia seni

Featured Mon, 30 Jan 2023
Hiburan Mon, 30 Jul 2018

孙燕姿二宝生了! 2.79KG女儿

恭喜孙燕姿生二宝了!孙燕姿25日在新加坡产下 2.79 公斤的女宝宝。

Hiburan Wed, 14 Aug 2019

Semoga Lekas Sembuh…Doakan Shalma Eliana!

Sweet Ismail Izzani, semoga cepat sembuh!

Hiburan Fri, 8 Jun 2018

环映制作公司隆重开幕!今年将拍两部电影

环映制作公司(K Production)正式开幕!多位本地艺人王骏、温绍平、陈美娥、曾维山、甘家麒等人均现身站台;同时,也宣布今年将开拍两部分别有王骏和陈美娥主演的电影。

Hiburan Fri, 11 Nov 2022

Utamakan Ibu Bapa, Hafiz Mahamad Ingat Pesanan Isteri – “Happy Kan Mereka Dulu”

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Hafiz Mahamad yang acap kali tular dengan kerja-kerja amal dan sifat rendah dirinya sekali lagi mencuri perhatian warganet. Hafiz yang membawa kedua orang tuanya bercuti ke Switzerland, mengingati pesanan dari isterinya, Syafiqah

| Live TV

error: Content is protected !!