Categories: HiburanTrending

Tak Layan Komen Netizen, Adira Lebih Utamakan Diri & Anak-Anak- “Saya Lebih Selesa Mengunci Mulut”

Penyanyi Adira Suhaimi masih berpegang teguh pada pendiriannya yang memilih untuk berpisah sebagai solusi kepada dilema rumah tangganya.

Terdahulu, Adira nekad mengambil keputusan untuk memfailkan perceraian terhadap suami, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red pada tahun lalu.

“Pendirian saya masih sama seperti sebelum ini, cuma pada tahun lalu saya naik semula ke mahkamah.

“Jadi, begitulah pendirian saya. Saya hanya hanya ikut apa sudah ditentukan.

“Saya tak boleh hendak komen apa-apa mengenai sebab atau punca saya berbuat demikian.

“Saya tak mahu cakap lebih-lebih mengenai perkara ini. Kalau boleh saya masih lagi mahu mengunci mulut dan itu juga yang saya lakukan sejak dahulu,” jelasnya.

Memetik laporan Berita Harian, dia lebih selesa untuk mengunci mulutnya dan enggan mendedahkan secara lanjut tentang konflik yang menimpa keluarganya.

“Saya cuma mahu fokus kepada hidup sendiri sahaja sebenarnya.

“Saya lebih selesa berdiam diri dan mengunci mulut selagi boleh.

“Hubungan dengan madu, saya tiada komen. Tapi, siapa yang baik dengan saya, insya-Allah saya akan buat lebih baik dengannya.

“Sekiranya ada pihak yang tak suka, saya tak layan sangat. Sesiapa yang hendak baik dengan saya, saya akan okay dan saya juga bukannya seorang yang suka bergaduh,” luahnya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Ku Ada Kamu itu tidak kisah dengan komentar netizen yang melemparkan tohmahan terhadapnya.

Baginya, dia lebih menitikberatkan anak-anaknya.

“Saya cuma fokus kepada anak-anak dan rutin harian, malah saya juga tak ada masa untuk tengok semua itu.

“Anak-anak juga masih kecil, jadi kalau hendak berkongsi apa-apa mereka pun tak akan faham lagi.

“Tapi insya-Allah mereka akan mula faham perlahan-lahan,” katanya lagi.

Sumber : Berita Harian

Syamir Shafie