Hiburan By: SGMS Faida June 1, 2019 @ 1:59pm

Tak Mahu Penonton ‘Muak’, Mira Filzah Nekad Berehat

Keserasian gandingan Mira Filzah dan Remy Ishak dalam dua drama iaitu Lelaki Kiriman Tuhan dan Pujaan Hati Kanda berjaya meninggalkan impak di hati penonton.

Malah, ada juga yang turut memetik nama Mira yang dikatakan menjadi punca putus tunang Remy. Mira berkata, tiba masa untuk mereka berehat seketika untuk mencari angin baharu.

Mira berkata, pendirian itu diambil kerana dia tidak mahu peminat jelak melihat gandingan mereka di skrin televisyen dan tidak mempunyai masalah untuk bergandingan dengan mana-mana pelakon senior atau junior selepas ini.

“Walaupun ramai yang suka, saya tidak mahu penonton bosan apabila kami terlalu kerap digandingkan bersama. Oleh itu, saya bersetuju dengan kenyataan yang diberikan Remy untuk berehat seketika daripada bergandingan bersama.

“Memang tidak mudah mencari keserasian, tetapi jika terlalu kerap, lama-kelamaan peminat pasti mahukan kelainan. Namun, sebagai mengubat rindu peminat, kami akan tampil bergandingan dalam Pujaan Hati Kanda Raya.

“Saya tidak mempunyai pelakon pilihan tertentu untuk digandingkan, sebaliknya menyerahkan kepada pengarah. Saya terbuka dalam hal ini kerana percaya, setiap pelakon pasti ada kelebihan masing-masing. Jika kita saling memberi dalam menjayakan watak, insya-Allah hasilnya akan menjadi yang terbaik,” kata Mira.

Selain berlakon, Mira juga sibuk dengan tugasnya sebagai pengacara Nona.

Oleh: Zaara Talita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 4 Sep 2018

Tambah Anak Lagi? Nanti Dulu…

Dalam masa sama, penyampai radio Hot FM ini bersyukur dianugerahkan bayi perempuan yang melengkapkan keluarga kecilnya.

Hiburan Thu, 1 Nov 2018

Kris Wu: Glad to Have Left EXO but No Regrets Joining

He’s still thankful for having been part of EXO though.

Featured Wed, 5 Apr 2023
Hiburan Mon, 10 Dec 2018

Mummy Takkan Kejar ‘Lelaki’!

Apapun, kita doakan yang terbaik buat mummy. kot lah terjumpa jodoh kat Indonesia kan?

Featured Tue, 28 Mar 2023

[VIDEO] Aedy Ashraf Kata Amelia Henderson Garang, Ini Reaksi Tuan Badan

Malu malu nampakk Aedy ni bila sebut pasal Amelia hehehe🤩😌

Selebriti Wed, 6 Dec 2023
Featured Wed, 15 Mar 2023
Hiburan Tue, 3 Dec 2019