Tak Mampu Beli Tiket, Peminat Ed Sheeran Patah Kedua Belah Kaki

Seorang gadis dari Cork, Ireland patah kedua-dua belah kakinya selepas dilapor terjatuh dari bumbung bangunan dua tingkat baru-baru ini.

Gadis berusia 17 tahun itu dikatakan terjatuh ketika berada di atas bumbung sebuah gudang lama bagi melihat dengan lebih dekat persembahan artis pujaannya, Ed Sheeran yang diadakan bersebelahan dengan gudang tersebut. Susulan insiden itu, gadis malang tersebut telah dikejarkan ke hospital berdekatan dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Penyanyi Shape Of You itu mengadakan persembahan selama tiga hari berturut-turut di Cork sejak Jumaat lalu bagi meraikan festival gig di sana.

Difahamkan sebanyak 120,000 tiket terjual sepanjang tiga hari konserr menjadikan Ed antara artis yang paling laris terjual setakat ini di negara berkenaan.

Ed, 27, sebelum ini berkongsi perasaan terujanya apabila berjaya bebas daripada asap rokok sejak setahun lalu. Pelantun lagu Perfect ini dikatakan mahu mengamalkan gaya hidup sihat serta mahu memberikan contoh yang baik kepada penyokongnya.

credit picture: google

SGMS Enal