Featured By: Halimey Zamal October 29, 2022 @ 7:57pm

“Tak Perlu Ada Pressure!” – Pesanan Makan Dalam Aisyah Habshee Raih Perhatian

YouTuber dan pempengaruh terkenal Aisyah Habshee tular di media sosial dengan kata-katanya yang mengulas berkenaan cara bersosial di dalam kehidupan seharian.

Aisyah menjelaskan dirinya juga pernah mengalami masalah bersosial dengan masyarakat menerusi video berdurasi 28 saat itu yang dikongsikan oleh @savvjs di TikTok.

@savvjs #aisyahhabshee #fyp ♬ bahaya x merasa indah – Sadvibes🥀

Melalui entri tersebut Aisyah memberitahu kepada warganet supaya mengikut pendirian masing-masing tanpa perlu menyakitkan diri sendiri untuk menjadi seorang manusia yang berguna.

“Jangan rasa diri kita ni teruk. Kalau rasa tak nak bergaul, tak yah bergaul.

“Tak payah ada rasa pressure! just because orang laing ada geng kita rasa kita perlu ada geng baru jadi manusia yang betul.

“Kalau kita rasa selesa sendiri, kita selesa sendiri. Kalau kita selesa ramai, kita selesa ramai.” jelas Aisyah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh Aisyah dan ruangan komen tersebut dibanjiri dengan luahan warganet yang menceritakan pengalaman bersosial mereka sebelum ini.

“Betul hargai orang sekeliling kita, tak perlu circle yang besar dan itulah sahabat sejati kita.” tulis salah seorang wargamaya.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 390,000 tontonan dan lebih 45,000 tanda suka.

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 20 Mar 2020

Siapa Kata #StayHome Boring? Jom Ikut Cara Angkasawan Negara Ini Habiskan Masa Di Rumah

So, boleh lah amalkan tips yang dibuat oleh angkasawan negara kita ni

Featured Fri, 2 Sep 2022

“Hanya Lambaian & Flying Kiss..” – Cucu Najib Hadir Mahkamah Sebagai Pengubat Rindu

“Saya rindu dan sayang atuk seribu juta kali,” – Cucu DS Najib Razak

Featured Sat, 12 Feb 2022
Featured Wed, 28 Apr 2021

PdPR Dilaksana 10 Hari Selepas Hari Raya Aidilfitri – Menteri Pendidikan

Walaupun beberapa sekolah telah ditutup akibat jangkitan Covid-19, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini memaklumkan bahawa Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) masih belum dilaksanakan sepenuhnya. Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, sebaliknya ketetapan […]

familuv Mon, 9 Dec 2019

4 kesilapan lazim dalam pemakaian kerusi keselamatan kanak-kanak

Hanya 5 peratus yang menggunakannya dengan betul

Featured Wed, 5 Apr 2023
Trending Sat, 8 Dec 2018

Jentera Pengorek Memanjat Menara di Vienna, Austria.

Menara khas dibina bagi membolehkan jentera pengorek ini ‘memanjat’.