Hiburan By: SGMS Faida May 24, 2019 @ 1:20pm

Tak Pernah Ada Pengurus, Ain Al Edruce Selesa Gerak Sendiri

Pelakon dan pengacara Ain Al Edruce mendedahkan dia tidak pernah memiliki pengurus sepanjang terlibat di dalam dunia hiburan.

Kata Ain ketika ditemui Xtra baru-baru ini, wanita tinggi lampai ini selesa bergerak sendiri namun tidak menolak untuk memiliki pengurus di masa akan datang.

“ Sejak enam tahun lepas saya bergerak tanpa mana-mana pengurusan dan semuanya dilakukan sendiri. Bukan tidak percaya orang luar tapi saya selesa begini.

“ Cuma kadang-kadang sepupu akan ikut membantu jika saya perlukan teman ke lokasi. Saya pernah terfikir untuk mendapatkan pengurus kerana banyak juga pesanan di whatsapp tidak sempat dibaca. Tapi perlahan-lahan, saya cuba uruskan semua sendiri,” katanya ketika ditemui di rakaman JKK Raya 2019 di Sri Pentas 2, baru-baru ini.

Tambah Ain yang bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi, dia tidak menolak sekiranya bakal suami menguruskan kerjaya seninya selepas berkahwin.

“ Masih terlalu awal nak dibincangkan. Bakal suami juga ada perniagaan sendiri tetapi saya tidak menolak jika dia okay, saya serahkan ‘mandat’ kepada dia menguruskan kerjaya seni. Kita tengok macam mana nanti,” katanya.

Ain Edruce atau nama sebenarnya Nurulain Edruce dirisik oleh keluarga Amirul Hafiz pada April lalu dan dijangka berkahwin pada hujung tahun ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 4 Feb 2019

Artis Lipsync 12 Lagu Finalis AJL33 Di Karpet Merah, Janna Nick Paling Win!

Bravo team dan barisan artis yang cukup sporting untuk lipsync di Karpet Merah AJL33 semalam

Hiburan Sun, 29 Sep 2019

陶晶莹震撼报喜!首次来马办大型售票演唱会

陶晶莹震撼报喜!首次来马举办大型售票演唱会,11月23日正式开锣~

Hiburan Tue, 5 Jun 2018

Bila Pakar Cinta Dah Penat Bercinta…

Hassan merupakan naib presiden kepada sebuah syarikat terbesar dunia milik keluarganya, Abdul Latif Jameel. Tak apalah Riri, kumbang bukan seekor kan? Cuba lagi!

Hiburan Tue, 3 Sep 2019
Events Sun, 11 Nov 2018

Konsert Lazada 11.11 Super Show Gempak Habis!

Overall, memang happening tau. Thank you Lazada! 

Hiburan Wed, 6 Mar 2019

Anzalna Nasir Dihadiahkan Kereta Mewah RM600,000

Mungkin hadiah untuk Anzalna yang bakal melahirkan cahaya pertama mereka tidak lama lagi.