Featured By: Salma Syahbuddin November 9, 2021 @ 2:05pm

“Tak Pernah Berlagak Walaupun Kaya Raya…” – Selepas Jam Mewah, Kini Harga Tas Tangan Siti Nurhaliza Pula Jadi Perhatian

Selepas kisah jam tangan mewah bernilai jutaan ringgit milik penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza tular di media sosial, kali ini harga tas tangannya pula menjadi perhatian warganet.

Menerusi muat naik video seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @jeppwaksalam, dia telah membuat semakan harga beg tangan yang dibawa oleh Siti ke acara KL Fashion Week baru-baru ini.

Malah, ia sekaligus menjawab komen balas dari seorang warganet sebelum ini yang menyifatkan Siti sebagai seorang artis yang merendah diri kerana tidak menunjuk-nunjuk kekayaan dan hanya peminat yang mendedahkan harga barangan peribadi milik beliau.

“Ni baru la artis… Tak perlu tayang kekayaan, peminat je yang expose and tahu harga berapa,” tulisnya.

“Lahir dari keluarga biasa, sebab tu sampai sekarang TokTi merendah diri…”

 

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang memuji sifat rendah diri yang ditunjukkan penyanyi kesayangan ramai ini apabila sentiasa tampil sopan dan tidak menunjuk-nunjuk kekayaan yang dimiliki.

Selain itu, ramai menyifatkan apa yang dimiliki Siti sekarang ini adalah berkat usaha dan kerja keras beliau selama 25 tahun dalam industri seni tanah air.

Video berdurasi 17 saat yang telah dimuat naik pada Isnin itu kini telahpun di tonton lebih dari 900,000 kali dengan 47,000 tanda suka.

@jeppwaksalam Balas kepada @syaz0412 jom kita check pulak harga handbag dia 😜😜😜 @ctdk_official ♬ Seribu Kemanisan – Siti Nurhaliza

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 20 Dec 2018

Artis Wanita Dan Individu Bergelar Datuk Ini Antara Yang Ditahan Dalam Pesta Liar?

Tak habis-habis dengan dadah. Cuba bawak bertaubat, tak gitu?

Trending Wed, 1 Nov 2023
Events Fri, 29 Mar 2019

Ada Apa Dengan Hael Husaini Dan ‘Lagu Cinta Kita?’

Hael Hussaini dan Scha Al Yahya bergandingan dalam ‘Lagu Cinta Kita’?

Hiburan Sat, 6 Jul 2019

‘Sekat’ Anak Bukan Cara Ajak Shiro

Ajak Shiro mengaku sebagai bapa, dia tidak pernah menyekat kebebasan anak dalam memilih cita-cita yang bersesuaian dengan jiwa mereka.

Trending Tue, 16 Apr 2019

#SetulusIkhlas : Kisah Pemandu Grab Kurang Upaya Jadi Inspirasi

Ingat, jangan sesekali memandang rendah diatas kesusahan orang lain kerana, kita tidak tahu apakah ujian yang bakal kita hadapi kelak

Events Wed, 20 Jun 2018
Trending Tue, 18 Sep 2018

Beli Ubat Hormon Mencecah RM 1 Juta, Rosmah Bakal Hadapi 20 Pertuduhan

RM 1 juta untuk produk keremajaan kulit Datin Rosmah Mansor!

error: Content is protected !!