“Tak Sanggup Tengok Isteri Saya, Ada Pembantu Pun Tak Cukup” – Jamal Abdillah Tak Rancang Tambah Zuriat Lagi

Penyanyi lagenda yang juga Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, 63, memaklumkan, bahawa dia kini tidak merancang untuk menambah cahaya mata lagi dek kerana kasihan melihat pengorbanan isterinya.

Memetik laporan Harian Metro, Jamal berkata,  bukan mudah untuk menguruskan anak-anak seharian, malah isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 27, juga tidak menang tangan menjaga empat anak kecilnya walaupun dengan adanya bantuan dari pembantu rumah.

“Buat masa ini biar dululah.. Bukan apa, saya tak sanggup tengok isteri saya jaga seharian dengan ada pembantu pun tak cukup juga.

“Bukan mudah untuk menguruskan anak-anak yang masih kecil. Tak menang tangan dan kasihan saya melihat orang rumah saya.

Selain itu, Jamal berkongsi,mempunyai empat cahaya mata sudah mencukupi apatah lagi isterinya itu sebelum ini pernah dinasihatkan oleh doktor untuk tidak hamil kerana proses melahirkan dijalankan secara pembedahan.

Sekadar info, Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017 dan hasil perkahwinan tersebut pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata, Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2, dan Iskandar Rayyan Yamani dan Rahil Laura Salsabila yang dilahirkan pada 14 April lalu.

Manakala, menerusi perkahwinannya terdahulu, Jamal dikurniakan dengan dua cahaya mata lelaki iaitu, Osama Yamani, 22, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.

 

Sumber: Harian Metro

Salma Syahbuddin