Hiburan By: SGMS Faida May 17, 2019 @ 4:23pm

Tak Sangka Terima Respon ‘Gempak’ Dari Peminat, Alif Satar Anggap Cabaran Menjadi!

Penyanyi, Alif Satar tidak menyangka lagu Sesungguhnya 2019 yang dirakam bersama penyanyi asalnya, Raihan, mendapat sokongan hebat daripada penggemar seni muzik.

Bahkan, lagu ciptaan sepenuhnya bekas vokalis kumpulan nasyid terkenal itu, Nazrie Johanie, turut menarik perhatian peminat bukan Islam.

Sejak dikongsi di YouTube pada 9 Mei lalu, video rasmi lagu itu sudah ditonton hampir 4 juta kali dan berada pada kedudukan pertama dalam carta sohor kini laman terbabit.

“Saya sendiri tidak menyangka lagu yang pernah dimuatkan dalam album Puji-Pujian ini akan turut digemari kelompok peminat bukan Islam. Saya jadi takjub dan kagum apabila melihat serta membaca komen positif mereka terhadap lagu duet kami.

“Jujurnya, saya masih terasa seperti bermimpi apabila berpeluang merakamkan lagu secara duet dengan legenda nasyid itu. Sememangnya, Raihan adalah kumpulan yang saya cukup kagumi sejak kecil.

“Siapa sangka, daripada ajakan secara suka-suka, ia akhirnya menjadi kenyataan. Semuanya bagai tersusun dengan begitu cantik,” kata bakat yang dicungkil daripada pertandingan One in a Million ini.

Kata Alif, pastinya setiap artis akan berasa teruja apabila dapat bergabung dengan kumpulan yang mencatat jualan album tertinggi di negara ini, suatu masa dahulu, dan dianggap sebagai ‘rockstar’ dalam industri nasyid.

Ditanya apakah duet bersama Raihan menjadi isyarat dirinya akan lebih terarah kepada muzik Islamik selepas ini, Alif berkata, dia bersikap terbuka dalam perkara itu.

“Ia bukanlah sebuah eksperimen, tetapi saya sebaliknya ingin mencabar diri untuk menyanyikan pelbagai genre lagu, termasuk nasyid. Selain pop, jazz dan R&B, saya juga kini berjinak-jinak merakamkan semula lagu dendangan pelbagai artis di YouTube.

“Percubaan merakamkan Sesungguhnya 2019 ini juga bukan bermaksud saya sudah berubah. Cuma, dalam hidup ini, saya sentiasa cuba memperbaiki kelemahan diri. Saya sendiri bukanlah alim sangat, namun cuba menjadi lebih baik daripada sebelum ini.

“Pada masa sama, siapa tahu, usaha duet ini akan membuka mata penyanyi generasi baharu atau ‘budak baru nak up’ (BBNU) untuk mendengar lagu nasyid mereka yang cukup hebat pengisiannya,” kata Alif yang terbabit dengan sebuah program amal bersama Raihan di Putrajaya, petang ini.- BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 29 Oct 2021
Hiburan Sat, 9 Apr 2022
Contest Thu, 6 Feb 2020
Hiburan Mon, 25 Dec 2017

Giliran anak Shaheizy Sam pula…

followers di Instagram dah hampir 400,000. Power betul ‘penangan’ anak aktor Shaheizy Sam ni!

Events Wed, 4 Dec 2019

K-Clique Cipta Rekod Peribadi

Wah, tahniah K-Clique!

Hiburan Sun, 27 Jan 2019

Muncul Dalam Muzik Video Vroom Vroom, Peminat Usik Hael Husaini Ada Hati Dengan Nabila Razali?

Nabila juga ada menyuarakan hasrat untuk saya turut serta dalam muzik video ini, jadi…

Hiburan Mon, 1 Oct 2018

Dakwah Cara Anak Muda, Da’i Adam Mahu Kerap Turun Padang

Jika diberi peluang untuk mengacara sesebuah program, saya memilih program untuk mendekati belia di luar sana dan memperbanyakkan aktiviti turun padang untuk berdakwah. Insya Allah jika diizinkan-Nya, doakan agar segalanya dipermudahkan…

Hiburan Wed, 7 Jun 2023

Padam Gambar Pakai Baju Ketat, Hawa Rizwana Mengaku Masih ‘Belajar’

Moga perkara ni dijadikan pengajaran untuk Hawa ye..

Featured Fri, 16 Jul 2021

Tular Gambar Ustaz Don Didakwa Lakukan ‘Sembah Hormat’, Menteri Agama Beri Penjelasan Sebenar

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dan pendakwah terkenal Ustaz Don bersiaran secara langsung menerusi sebuah program bual bicara yang membincangkan isu norma baru dalam ibadat […]