“Tak Sebaik Yang Mama Impikan” – Hanya Mahu Teruskan Persahabatan, Zarina Anjoulie & Khazrul Putus Tunang?

Perkongsian pelakon, Zarina Anjoulie seakan patah hati telah mencetuskan 1001 persoalan sehingga didakwa telah putus tunang bersama Datuk Seri Khazrul Elsey.

Artikel Berkaitan: “Broken Tapi Masih Bertahan” – Tampil Seksi, Zarina Anjoulie Dah Putus Tunang?

Terkini, berdasarkan sebuah hantaran di TikTok story, mesej Khazrul kepada Zarina atau lebih mesra disapa Anju memberi bayangan sesuatu terjadi terhadap pertunangan mereka.

Menurut hantaran tersebut, Khazrul berkata dia bukan lelaki terbaik yang diimpikan oleh Anju, namun mengakui masih mahu meneruskan persahabatan yang terjalin antara mereka.

“Kita mampu merancang, Allah yang menentukan. Papa tak sebaik mana yang mama impikan. Kita berdua masih ada kekurangan.

“Semoga kita akan terus menjadi sahabat. Papa doakan mama dapat orang yang lebih baik,” tulisnya.

Sementara itu, Khazrul turut mengucapkan terima kasih atas kasih sayang dan perasaan cinta yang telah dizahirkan oleh Anju selama mereka bersama sebagai pasangan kekasih.

“Terima kasih atas cinta mama kepada papa. Hanya Allah dapat membalas di akhirat kelak. I love you (saya sayang kamu), mama,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih melihat hubungan pasangan sejoli ini berakhir.

Sekadar info, Khazrul dan Anju mengikat tali pertunangan pada 22 Januari 2023 namun hantaran tersebut telah dipadam oleh kedua-dua belah pihak.

Aqilah Paharuzi