“Tak Semua Penyondol Salah” – Fazley Yaakob Anggap Masalah Akan Timbul Bila Lelaki Tak Jujur

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil berkongsi pandangan mengenai isu rumah tangga yang bermasalah akibat kehadiran orang ketiga.

Memetik laporan mStar, Fazley berkata jika kita benarkan rumah tangga diganggu itu adalah pilihan dan beranggapan tidak semua penyondol itu bersalah.

“Pada saya gangguan itu agak sensitif, sama ada orang ajak saya keluar makan minum itu biasa tapi ianya menjadi gangguan kalau jadi habit.

“Sebenarnya kalau kita nak diganggu, benarkan gangguan itu adalah pilihan. Tapi jangan kita letak tepi isu ini, memang ada rumah tangga yang bermasalah.

“Tidak semua penyondol itu bersalah dan tidak semua yang disondol itu juga bersalah. Kadang ada kalanya rumah tangga kerana ada elemen-elemen yang kita tidak boleh ceritakan kepada orang luar.

“Jadi mungkin apabila kita memilih untuk mencari insan ketiga untuk kebahagiaan, adalah penting untuk kita faham situasi tersebut secara menyeluruh sebelum menyalahkan penyondol yang disondol ataupun isteri dan suami dalam keterlibatan masalah rumah tangga,” katanya.

Tambah pelatun lagu Cerita Asmara ini, perlu ada persefahaman dalam rumah tangga agar suami isteri berlaku jujur.

“Saya sendiri terlibat dengan kaunseling rumah tangga, apabila penyondol itu datang, memang orang ketiga sering dianggap sebagai orang yang menjadi punca pertelingkahan dalam rumah tangga.

“Kebanyakkan isu rumah tangga, apabila suami tak puas hati dengan isteri, mungkin isteri tak menjaga suami dengan sempurna, mungkin isteri tak bagi makan atau bersiap seperti dulu dan tidak ada komunikasi.

“Perlu ada persefahaman antara suami dan penyondol bahawa dia sedang berkahwin, dia kena jujur. Pada saya ia timbul masalah apabila lelaki tersebut tidak jujur. Kalau dah cuba berkali-kali dengan isteri, tetapi isteri tak nak berubah dan penyondol itu lebih baik maka kalau perlu cerai, cerai,” jelas Fazley.

Dalam pada itu, Fazley bersetuju kebanyakan masalah rumah tangga adalah pilihan dan jangan menuding jari kepada orang ketiga tanpa faham situasi sebenar.

“Saya pernah tanya ustaz, dalam Islam itu mudah, kita bina masjid tapi Allah memberikan pilihan untuk cerai, talak satu, dua, tiga, tapi Allah benci kepada penceraian. Jangan kita robohkan masjid orang.

“Kita lupa bahawa tidak semua rumah tangga yang kita tengok cantik itu cantik pada azalinya. Tidak semua mereka ceritakan itu, cerita sebenar. Jadi jangan mudah menyalahkan menyondol tanpa kita faham keadaan.

“Tapi saya yakin kebanyakkan masalah dalam rumah tangga adalah piihan. Kita boleh pilih untuk menerima penyondol ataupun kita boleh pilih untuk cuba selesaikan masalah rumah tangga kita,” tutupnya.

Sumber: mStar

Khairil Khusyairi