Hiburan By: SGMS Faida August 16, 2018 @ 10:43am

Tak Serik Kahwin, Hafiz Hamidun Idam Keluarga Bahagia

Biarpun pernah berdepan dengan episod penceraian tahun lalu, penyanyi Hafiz Hamidun meluahkan hasrat untuk memiliki keluarga sendiri suatu hari nanti.

Akui Hafiz, dia tidak mahu menjadi manusia yang berputus asa dan reda dengan apa yang telah berlaku sebelum ini.

“ Jujur saya katakan, saya memang terkesan dengan penceraian namun itu tidak menjadi alasan untuk terus bersedih.

“ Saya bukan manusia sempurna dan saya hanya orang biasa. Pernah buat silap namun saya juga ada keinginan untuk berkeluarga dan memiliki anak. Sudah tentunya saya mahu membahagiakan ibu bapa saya,” katanya.

Sebelum ini, Hafiz turut dilempar kata-kata negatif yang membuatkan dirinya ‘jatuh’ sekaligus turut menggangu emosinya.

“ Saya pernah rasa diri separuh gila. Sehingga satu tahap orang tuduh yang bukan-bukan termasuklah dilabel ‘kunyit’. Orang yang menuduh dengan perkara bukan-bukan, mereka tidak faham apa yang berlaku kepada saya. 

“ Saya memang tak akan layan soalan bukan-bukan dalam laman sosial. Baik saya sekat saja,” katanya.

Bekas anggota UNIC ini berkahwin dengan usahawan kosmetik Siti Arifah atau Joy pada 1 Mei 2017, namun bercerai pada 25 Oktober tahun sama. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 12 Feb 2020
Hiburan Wed, 6 Feb 2019

Sufian Suhaimi Tampil Jawab Isu Gambar Intim

Jangan cepat melatah wahai peminat-peminat Sufian Suhaimi!

Featured Sun, 28 Jan 2024

“Mungkin Saya Nampak Menakutkan Tapi…” – Alami Anxiety Yang Teruk, Puteri Balqis Nafi Bongkak 

Ramai je yang macam Aqish sebenarnya, yang penting just be yourself! Jangan fake okay!

Hiburan Fri, 12 Jul 2019

Terima Kasih Slash! Dedikasi Lagu Baru Buat Anggota Bomba

Terima kasih Slash kerana dedikasikan lagu ini buat anggota bomba kita!

Hiburan Wed, 6 Sep 2023