Hiburan By: SGMS Faida May 2, 2019 @ 1:37pm

‘Tak Tahu Nak Bayang Macam Mana…’- Neelofa Pertama Kali Sambut Raya Tanpa Abah

Pengacara terkenal Neelofa mengaku masih bersedih dengan kehilangan datuk tersayang, baru-baru ini.

Kata Neelofa atau mesra dipanggil Lofa ketika ditemui XTRA, meskipun arwah sudah tiada, semangat ‘abah’ sentiasa dekat dengan dirinya.

“ Ini merupakan kali pertama saya dan keluarga beraya tanpa abah. Tak tahu nak bayangkan macam mana. Setiap kali saya balik ke Pasir Mas, Kelantan, ketiadaan abah amat dirasai.

“ Meskipun arwah sudah tiada, saya dapat rasa arwah masih berada dekat dengan saya. Tak tahu macam mana nak cakap perasaan bila tiba hari raya nanti,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Tote Bags Eksklusif kerjasama antara Guardian & NAELOFAR, hari ini.

Datuk kepada Neelofa, Noor Mohamed meninggal dunia pada 20 November 2018 di usia 83 tahun.

Sementara itu, Neelofa memaklumkan bakal terbang ke Budapest pada minggu depan atas urusan kerja.

“ Saya dijemput oleh sebuah jenama produk kecantikan untuk melawat lokasi di mana produk itu dihasilkan. Dalam masa sama saya akan melawat adik dan sepupu saya yang berada di sana,” akhirinya. 

Wartawan: SGMS Fas/ Nabil

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Feb 2024
Events Fri, 15 Mar 2019

王力宏再任马宣明会大使!「炫富」助养16名孩童

王力宏再次出任马来西亚世界宣明会爱心大使,热心公益的他直言“助养16名孩童比物质的「炫富」显得更有意义。”

Hiburan Thu, 15 Mar 2018

Siapa “H” Dihati Nelydia Senrose?

Walaupun sebelum ini Nelydia mengakui masih single, tetapi menurut beberapa sumber Nelydia kini sedang dilamun cinta dengan seorang jutawan muda yang dikenali sebagai Mr H?

Featured Thu, 10 Nov 2022

“Saya Lebih Sedih Jadi Mangsa Body Shaming” – BCL Jawab Dakwaan Hamil

Pelakon dan penyanyi Bunga Citra Lestari mengakui kesal dengan dakwaan yang mengatakan dirinya kini sedang hamil anak kepada penyanyi Ariel NOAH, baru-baru ini . Sebelum ini, tular di media sosial saiz perut pelantun lagu Ingkar […]

Events Thu, 16 Apr 2020
Hiburan Thu, 4 Apr 2019

“Itu Bukan Bodoh, Itu Taat Secara ‘Mengkhinzir’ Buta, Watak Aisyah Dalam Nur 2 Dihentam Netizen

Dilabel “taat mengkhinzir buta’, watak Aisyah dalam Nur 2 buat netizen geram!