“Tak Takut Virus Ke KD?” – Percutian Krisdayanti Bersama Keluarga Di Eropah Cetus Kebimbangan Netizen!

Penyanyi bersuara merdu Indonesia, Krisdayanti atau lebih mesra disapa KD baru-baru ini berkongsi perkembangan tentang percutian keluarganya ke Eropah.

Foto-foto tersebut dilihat dimuatnaik di laman media sosial Instagram miliknya sejak 5 hari lepas. Walaupun setiap negara kini berhadapan kebimbangan penularan wabak Covid-19, namun KD lebih memilih untuk meluangkan masa bersama suami dan anak-anak tercinta melalui percutian di Eropah.

 

“Semoga kami diberi kesihatan dan keselamatan yang baik sepanjang perjalanan ini,” katanya.

Rata-rata netizen memberikan reaksi mereka tentang percutian KD di ruangan komen. Ada yang turut mendoakan namun tak kurang juga mempersoalkan perbuatan berkenaan kerana dianggap membahayakan.

 

 

 

 

 

 

Apa-apa pun, Malaysia kini sedang berhadapan dengan perintah kawalan pergerakan. Jadi, ikuti langkah pencegahan yang dikeluarkan oleh KKM okay! 

Untuk maklumat lanjut dan info serta perkembangan terkini, korang boleh saksikan di TV3 dan Youtube Buletin Utama.

Sumber foto: Instagram Krisdayanti

Baca Juga: COVID-19: Ingat! Penjara 2 Tahun Dikenakan Kalau Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan

Baca Juga: “Lafaz Hayya ‘Alassolah Dalam Laungan Azan Di Wilayah Persekutuan Akan Diperlahankan” – Datuk Seri Dr. Zulkifli

Baca Juga: COVID-19: Jurulatih Bola Sepak Sepanyol Meninggal Dunia Di Usia 21 Tahun

Syafiqa Irdina