‘Tak Taulah Awak Kenal Saya Ke Tak, Tapi Awak Datang Ke Kerusi Saya…’ PU Amin Tegur Ben Ladin?

Sebelum ini, status pendakwah muda, Pencetus Ummah Amin sering mendapat perhatian netizen atas kelantangannya di media sosial.

Namun begitu, baru-baru ini PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim menerusi laman Instagramnya memuji sikap penyanyi meningkat naik Ben Ladin.

” Patutlah lagu dia meletop letop sampai sekarang , bukan sekadar lagu dan trend yang menjadi minat netizen masa kini .

” Tapi sifat rendah diri dan beradab dalam menjalani hidup sebagai anak seni . Semoga Allah muliakan perjalanan hidup kau @mohd_benladin,” tulisnya.

Status berkenaan turut diulang siar oleh penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Hikayat Ben Ladin itu. 

Ben Ladin turut berpesan kepada pengikutnya agar berbuat baik berpada-pada, jahat jangan sekali.

” Hidup punya hukum karma kau harus mengerti,” tulisnya.

Difahamkan, kedua selebriti ini bertemu di sebuah acara anjuran stesen televisyen sebelum ini. Ben Ladin datang ke arah PU Amin dan tunduk sebelum bersalam. Terbaiklah Ben Ladin, semoga sifat ini terus dikekalkan biarpun awak dah popular! 

SGMS Faida