“Tak Usah Ambil Tahu Pasal Rumah Tangga Orang Lain” – PU Riz

Pendakwah popular yang juga merupakan suami kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor iaitu, Haris Ismail atau lebih mesra dengan panggilan PU Riz enggan mengulas lanjut mengenai isu keruntuhan rumah tangga seperti yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini.

Katanya memetik laporan Harian Metro, setiap rumah tangga pasti akan menerima ujian.

“Nasihat saya kepada semua orang termasuk diri sendir, tidak usah ambil tahu tentang hal rumah tangga orang.

“Kalau nak komen pasal kes curang dalam rumah tangga, saya tidak layak,” katanya.

Justeru, PU Riz berpesan agar orang ramai tidak sibuk dengan isu sensitif tersebut.

“Perkara itu menjadi panas disebabkan ada yang terlalu nak ambil tahu.

“Kita ini kalau orang buat baik, kita tak minat. Tapi kalau orang itu buat buruk, kita boleh ingat sampai bila-bila,” jelasnya.

Selain itu, dia menasihatkan agar pasangan suami isteri yang menghadapi masalah berkaitan rumah tangga boleh menyelesaikannya menerusi saluran yang betul.

“Kalau sesuatu perkara itu terbukti bersalah boleh terus pergi mahkamah syariah.

“Akan ada orang yang akan dilantik untuk menyelesaikan hal itu nanti,” ujarnya.

 

Sumber: Harian Metro

Salma Syahbuddin