Hiburan By: SGMS Faida June 6, 2019 @ 1:50pm

‘ Takde Job? Jangan Salahkan Syarikat Produksi’- Lan Siro

Disebabkan sudah lapan bulan tidak menerima tawaran berlakon, Lan Siro enggan berdiam diri sahaja tanpa mengusahakan sesuatu.

Mengambil peluang yang ada, pelakon yang sering tampil dalam drama terbitan A.Aida Production ini turut melakukan pekerjaan sampingan.

“ Jadi anak seni kena kental. Kalau dilanda kesusahan dan kurang tawaran berlakon, diri sendiri kena menjadi kreatif. Tak kisah berniaga atau sebagainya.

“ Saya juga tidak malu berkongsi dengan pengikut mengenai pekerjaan menjadi penunggang Grab Food sekitar Lembah Klang.

“ Kalau tidak bekerja, saya dan keluarga nak makan apa? Nak mencari pekerjaan lain, saya bukannya ada kelulusan tinggi. Jadi, saya gunakan kemahiran yang ada untuk mencari duit. Alhamdulillah rezeki akan sentiasa ada,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam masa sama, Lan atau nama sebenarnya Azlan Mokhtar juga tidak menyalahkan mana-mana pihak selepas lapan bulan tidak menerima tawaran berlakon.

“ Mungkin sebab atas permintaan stesen televisyen yang inginkan pelakon muda dan baru. Atau juga tidak ada watak yang sesuai dengan saya.

“Alhamdulillah, baru-baru ini saya mendapat tawaran berlakon drama 13 episod, Perempuan Tepi Jalan terbitan A Aida Production,” katanya.

Pelakon filem Malay Regiment ini memaklumkan dia juga menjadi jurulatih peribadi kepada pelakon Izara Aishah dan Mimi Lana di gimnasium selain berniaga di bazar Ramadan Putrajaya sepanjang Ramadan lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 24 Sep 2021

“Kita Tak Hidup Nak Sukakan Orang, Hanya Sukakan Allah” – Ebit Lew

Walaupun namanya terpalit dengan pelbagai kontroversi, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew (UEL) dilihat tetap tenang dan masih mengunci mulut. Baca artikel berkaitan: “Memang Sebab Pertahankan Agama Atau Dendam & Dengki?” – Netizen Persoal Niat Pihak Tertentu Didakwa […]

Hiburan Thu, 15 Mar 2018

Eina Azman Dapat Kereta Mewah Lagi?

Datin Eina Azman telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-23 dan ramai yang tertanya-tanya hadiah apakah yang bakal diterima oleh Eina memandangkan beliau seringkali mendapat hadiah mewah daripada suaminya,  Datuk Paduka Kaiser?

Hiburan Wed, 17 Apr 2024
Hiburan Wed, 27 Dec 2023
Hiburan Thu, 31 Jan 2019

Raysha Rizrose Terima Lamaran Ashraf Muslim ?

Wah, Tak sabar rasanya nak tengok cerita ni kan?

Trending Mon, 27 Jun 2022

[VIDEO] “Aku Simpan Lama…” – PA Mak Wan Latah Dedah Rahsia Amalan Bertentangan Ajaran Islam

Pelakon veteran, Mak Wan didakwa oleh pembantu peribadinya mengamalkan amalan yang bertentangan dengan agama.

Hiburan Tue, 26 Nov 2019
Featured Wed, 5 Oct 2022