“#TakenByHer” – Lepas 4 Bulan Bercerai, Cat Farish Kini Bercinta Dengan Shikin Maembong?

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Cat Farish memuat naik video bersama anak perempuan kepada kakak pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Maembong.

Menerusi hantaran tersebut, Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli dilihat sedang menyambut ulang tahun kelahiran anak perempuan Shikin Maembong iaitu Arianna Natasya, 8.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah Cat menggelarkan dirinya sebagai ‘daddy’ dan Shikin turut memanggilnya dengan panggilan tersebut di ruangan komen.

Malah, Shikin juga memuat naik foto mereka sekeluarga bersama Cat dan anak-anaknya ketika sedang menyambut kelahiran puterinya serta menyatakan bahawa Cat adalah keluarga baharunya.

“First surprise birthday @ariannatasyaofficial from papa @chefriz, atok @chefwan58 and mommy @l_nurell with our new family… daddy, kakak nia, kakak eva & abg qul,” tulis Shikin.

Menjengah di ruangan komen, ada individu bertanyakan adakah Shikin telah berkahwin dengan Cat, dia hanya meminta untuk mendoakan yang terbaik untuknya.

Bukan itu sahaja, Cat juga meletakkan tanda pagar #takenbyher di bahagian bio Instagramnya begitu juga Shikin meletakkan tanda pagar #takenbycaterpillar sekaligus menguatkan lagi dakwaan bahawa mereka sedang bercinta.

Sebelum ini, Cat mengesahkan bahawa telah menceraikan isterinya menerusi perkahwinan kedua bersama Suriani Hassan, 37 dengan talak satu.

Sebelum itu, Cat berkahwin dengan Hartiny Ramli namun bercerai pada 2016.

Hasil perkongsian hidup, Cat dan Hartiny dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 15 Eva Latheefa, 13 dan Qul Iskandar, 12.

Artikel Berkaitan: “Bila Nak Kenal, Tiba-Tiba…” – Selepas 2 Kali Gagal Dalam Perkahwinan, Cat Farish Lebih Suka Sendirian

Artikel Berkaitan: Selepas Didakwa Lafaz Talak 3 Kali Tanpa Sebab, Cat Farish & Isteri Sah Bercerai

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shikin Maembong Kongsi Kisah Hidup Jadi Isteri Kedua – “Walaupun Madu Terima, Tetap Kena Mengalah…”

Artikel Berkaitan: “Benci Tu Kan Membawa Kemusnahan, Tak Baik Putuskan Silaturrahim!” – Chef Wan Berbaik Semula Dengan Shikin Maembong

Atiqah Johari