“Takkan Buncit Macam Tu..”- Peminat Dakwa Nampak ‘Baby Bump’, Ernie Zakri Kini Hamil?

Sekali lagi peminat mendakwa penyanyi kecil molek bersuara lantang, Ernie Zakri kini sedang berbadan dua.

Perkara itu mula menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen apabila Ernie Zakri atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 30, memuat naik hantaran video di Instagram miliknya pada Ahad.

“I’m here for the baby bump…”

Dalam video tersebut, rata-rata rakan artis dan followers beliau mendakwa seakan-akan terlihat ‘baby bump’ walaupun penyanyi itu mengenakan t-shirt longgar berwarna hitam.

Bagaimanapun,  setakat ini Ernie mahupun suaminya, Syamel masih mengunci mulut mengenai perkara tersebut.

Terdahulu, pelantun lagu Gundah ini juga pernah memaklumkan badannya kelihatan berisi kerana faktor selera makan yang tinggi malah, Syamel juga turut menafikan dakwaan tersebut dan berkata bahawa dia tidak akan merahsiakan berita gembira itu sekiranya benar isterinya itu sedang hamil.

Apapun, sama-sama  kita doakan yang terbaik buat pasangan ini.

 

Salma Syahbuddin