Hiburan By: Del14 December 4, 2019 @ 6:01pm

“Takkan Kita Tidur Dengan Bau Bawang Dan Cili?” – Jasmin Hamid

Pelakon yang terkenal zaman 90an, Jasmin Hamid tidak lokek berkongsi tips untuk sentiasa kelihatan cantik dan bergaya walaupun sudah berumur 46 tahun.

Bukan kerana status sebagai seorang selebriti, Jasmin berkata penjagaan penampilan dan tatarias diri harus dititkberatkan oleh wanita sejak muda lagi. 

“Jangan ingat kalau sudah berkahwin, misalnya, tak perlu jaga kecantikan dan kebersihan diri. 

“Jangan fikir sudah ada suami, tiada mata yang memandang…Jangan sorokkan diri. Serlahkan kecantikan kamu.  Semua orang cantik.  Kalau ada yang beritahu kamu tidak cantik, jangan lemah semangat. 

“Mungkin ada yang fikir, saya artis, bolehlah buat itu dan ini…Salah tanggapan itu.  Takkanlah hendak beli sabun muka tak berduit?

“Takkanlah sebagai wanita menguruskan keluarga, kita tidur dengan bau bawang atau cili setiap hari?” katanya kepada BH Online.

Jasmin yang popular melalui filem Kanta Serigala dan Boss berpesan supaya wanita tidak membandingkan diri dengan orang lain dan mengikut kemampuan masing-masing dalam menjaga penampilan kerana tidak semua orang mampu membeli yang mahal.

“Hendak jaga kecantikan, usah bandingkan dengan orang lain.  Ukurlah baju di badan sendiri, ikut kemampuan kita.  Hendak ikut orang lain, memanglah tidak berdaya. 

“Namun, apa yang penting, rohani kita mesti bersih.  Hati perlu baik dan berfikiran positif selalu,” katanya menamatkan perbualan. 

Kredit Foto: Instagram @jasminhamidjh

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#ThrowbackXTRA Wed, 12 Apr 2023
Hiburan Wed, 14 Nov 2018

‘Menyanyi Boleh Tapi Dengan Syarat’, Ali XPDC Ingat Pesan Ustaz

Doakan saya terus istiqamah dalam perjalanan ini. Yang penting, jangan sesekali megadili orang lain. Insya Allah…

Hiburan Sun, 9 Dec 2018

#AnggunLife : Ika Nabella Seronok Jadi Tokey Sambal

Setakat ini Ika sudah hasilkan tiga jenis sambal iaitu sambal Hitam, Merah dan Hijau. Tahniah Ika!

Featured Tue, 4 Oct 2022

Didakwa Menumbuk & Menendang Pengawal Keselamatan, Kes Sharnaaz Ahmad Masih Belum Terima Keputusan Timbalan Pendakwa Raya

Pihak berkuasa masih menunggu arahan selepas kertas siasatan dirujuk kepada TPR